KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA
27 April 2019
1. Sebelum ini apabila bermula pemansuhan Emergency Ordinant (EO) yang merupakan satu satunya undang-undang yang mampu dengan berkesan mendapani penganjur-penganjur dengan dalang-dalang aktiviti MAKSIAT yang menjana dana berbillion ringgit melalui aktiviti-aktiviti haram UNDERWORLD. Ianya merupakan ‘lombong emas’ dari segi perniagaan kepada dalang-dalang ‘haram jadah’ ini.
Ini yang menyebabkan Malaysia juga menjadi negara sasaran kemasukan pelacur dari seluruh dunia dengan jumlah yang tidak terhitung ramainya terutama yang masuk secara HARAM. Ia diurus oleh sindikit terancang dan tidak dapat dinafikan rasuah juga berluasa akibat kegiatan ini.
2. Apabila pembubaran Pusat Tahanan di Simpang Renggam (sebelum ini di Pulau Jerejak), maka ianya menyaksikan PEMBEBASAN KING PINS yang kini sudah makin BEBAS mengembangkan bisnes haram jadah ini dengan lebih berluasa.
3. Kini tanpa di sedari dana besar haram telah masuk pasaran bersaing dengan dana-dana sah dan halal. Ianya menjadi ‘money spinning‘ bagi mereka yang tidak mempedulikan soal moral, akhlak dan menyalahi undang-undang.
4.Unit STAFOC, STAGG DAN STING ditubuhkan untuk menampungkan ruang-ruang kosong yang terbit kesan pemansuhan undang-undang berkenaan. Jenayah keganasan saperti gangsterisme, pengedaran dadah, perjudian dan maksiat terus berluasa. Sebab itulah unit ini ditubuhkan. Keberkesanan operasi unit-unit ini menjadi ancaman kepada aktiviti dalang-dalang haram jadah ini.
Malangnya hasil tekanan pihak-pihak tertentu yang rakus dan berkepentingan akhirnya unit ini dimansuhkan. Maka pasti dengan terbubarnya unit ini, perniagaan yang merosakkan masyarakat akan berkembang dan golongan haram jadah ini pasti berpesta dengan kegiatan mereka.
5. Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara patut mempertahankan UNIT ini daripada dibubarkan. Alasan boleh diberi sekadar mahu mengiyakan pembubaran. Sekilas ikan dalam air, sudah tahu jantan betinanya.
6. Apakah dilupakan pengalaman kerajaan dahulu memansuhkan ISA dan EO, walaupun dibantah PDRM. Cadangan hanya untuk menambahbaik dan bukan memansuhkan.
Saya masih ingat saya seorang diri sebagai wakil bebas di Dewan Rakyat bercakap dan berhujah mempertahankan ISA agar tidak dimansuhkan walaupun saya 2 kali ditahan di bawah ISA demi keselamatan rakyat dan negara.
Kerajaan menerima tekanan kuat pembangkang ketika itu (DAP-PKR) dan badan-badan hak asasi. Kerajaan BN pada waktu itu mahu mencari populariti menjelang PRU-13 dan akhirnya memansuhkan ISA
Selepas ISA di mansuhkan dapat di lihat bagaimana puak2 tertentu makan ganas menghina Islam Melayu dan Raja dgn berbagai cara.Pihak polis sudah hilang instrumen utk bertindak dgn berkesan bagi menangani isu2 saperti penghinaan terhadap Rasullulah saw dan banyak lagi.
7. Bila keselamatan mula tergugat akibat tindakan ganas penjenayah yg dibiayai dalang-dalang berkenaan, maka Kerajaan gubal undang-undang SOSMA dan menguatkuasakan Akta POCA.
Maka PDRM menubuhkan unit-unit tertentu bagi mendepani ancaman-ancaman secara tegas dan berkesan.
Akhirnya ia menjadi halangan dan ancaman kpd penjenayah-penjenayah terancang ini.
Jadi apakah sebenarnya matalamat dan rasional serta mesej yg hendak ditonjolkan kpd rakyat atas pemansuhan undang- undang pencegahan dan pembubaran unit elit pengkuatkuasaan yg terbukti berkesan ini.
MAKA PERKASA menuntut Menteri KDN TSMY dan Ketua Polis Negara memberi penjelasan kpd rakyat umum. Jika jenayah meningkat siapa yg akan di persalahkan.
Terima kasih
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali (Tok Him)
Presiden PERKASA