ZAHID HAMIDI – SEORANG PEMIMPIN DAN PEJUANG UMNO

223
SHARES
667
VIEWS

Zahid Hamidi bercuti sebagai Presiden UMNO selama 6 bulan. Low profile dan membenarkan Timbalan beliau, Tok Mat Hasan menjalankan tugas-tugas selaku Presiden.

Kembalinya Zahid memimpin UMNO, ada golongan yang gembira sehingga menitiskan air mata. Tidak kurang juga yang terkejut dan tidak setuju dengan kembalinya pemimpin dari Bagan Datuk menerajui parti UMNO.

Zahid bakal berhadapan dengan 87 pertuduhan rasuah dan AMLA.

Ketika bercutipun, Zahid dilempar dengan pelbagai tuduhan.

Zahid kembali menerajui UMNO untuk menguatkan parti dan terus menentang penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, yang membuat tuduhan terpilih (selective prosecution).

Tambahan pula, mengikut standard Dr. Mahathir, seorang Menteri yang sedang dalam siasatan polis berkenaan dengan video seks songsang, tidak perlu bercuti.

Dan “Ini bukannya budaya negara kita”, kata Dr. Mahathir.

Maka, tidak hairanlah, dengan 87 pertuduhan ini, Zahid masih boleh memimpin UMNO kerana:

1. Zahid secara demokrasi dipilih oleh akar umbi sebagai Presiden UMNO sehingga tahun 2021. Dia berhak kembali sebagai Presiden.

2. Kita yakin Zahid tidak bersalah. Ahli-ahli UMNO dan rakyat tidak sepatutnya menghukum Zahid sebelum dia dibicarakan dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Kita mengikut doktrin yang heboh diperkatakan oleh Dr. Mahathir, iaitu Rule of Law (Kedaulatan Undang-Undang).

Iaitu, diantaranya INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY, (Tidak bersalah, sehinggalah dibuktikan bersalah).

PRESUMPTION OF INNOCENCE:

The presumption of innocence is the legal principle that one is considered innocent unless proven guilty, …..

Under the Justinian Codes and English Common Law, the accused is presumed innocent.

In Criminal proceedings and in civil proceedings – both sided must issue proof.

The presumption of innocent is a legal right of the accused – in a criminal trial.

It’s under an International Human Right – Under United Nation’s Declaration of Human Right, Article 11.

The legal burden of proof is thus on the prosecution. The DPP must prove beyond reasonable doubt. If there are reasonable doubt, the accused must be acquitted (dibebaskan).

Pihak Pendakwa Raya perlu membuktikan 87 pertuduhan tersebut mempunyai asas-asas dan bukti yang kukuh tanpa ada sebarang keraguan kepada Hakim dan Mahkamah.

KEADAAN POLITIK YANG TIDAK MENENTU:

Keadaan politik yang tidak menentu kini, melihatkan ahli-ahli UMNO dan rakyat perlu memberi peluang dan ruang untuk Zahid Hamidi menerajui semula UMNO ke arah landasan yang betul melalui kerjasama politik dengan PAS, MCA dan MIC.

Apa yang pasti, Zahid mendapat sokongan yang kuat dari Najib Razak dan Ku Li untuk kembali menerajui UMNO.

Ku Li akan ke Bagan Datuk bulan ini bagi merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bagan Datuk, satu endorsement Ku Li terhadap kepimpinan Zahid Hamidi.

Kita seharusnya memberi ruang dan kepercayaan kepada Zahid Hamidi.

Kita tunggu.

Kita lihat.

Perkembangan politik selanjutnya.

Salam.

DATO’ SAIFUL BAHAR

Shah Alam

3 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts