SEMUA AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO BERTANGGUNGJAWAB

102
SHARES
328
VIEWS

Tegas dan rasional seorang pemimpin dalam mengulas mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO dalam PRU-14 jelas terlihat melalui pandangan kritis yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Li.

Tidak seperti ahli dan pemimpin UMNO yang lain, lebih suka menuding jari terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, secara logiknya Ku Li memberi pandangan, beban tanggungjawab atas kekalahan Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak boleh diletakkan pada seseorang saja dan mesti digalas secara bersama oleh pemimpin parti.

Kenyataan Ku Li merujuk pada semua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, iaitu badan tertinggi dalam parti. Ini kerana kekalahan UMNO perlu diterima dan ditangani secara kolektif dan bukannya hanya individu tertentu perlu dipersalahkan walaupun penolakan rakyat terhadap mantan Perdana Menteri keenam itu jelas kelihatan terutamanya pengundi muda.

“Tetapi, saya nak kata, secara kolektif (sebagai satu pasukan) semua pemimpin yang berada dalam MT harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut., ujar beliau ketika diwawancara oleh Malaysiakini.

Kenyataan Ku Li tersebut juga menyebut bahawa Ahli-ahli Parlimen yang bukan anggota MT seperti beliau tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bertanggungjawab terhadap pengundi di Parlimen masing-masing. Tidak seperti ahli MT yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk parti termasuk membuat strategi untuk memenangkan parti secara kolektif dan jika kalah maka harus menerimanya juga secara kolektif.

Sewajarnya pandangan Ku Li ini diterima dengan hati yang terbuka dan dihargai oleh seluruh ahli MT kerana tindakan menyalahkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sahaja adalah satu tindakan untuk menutup kelemahan sendiri kerana sekiranya BN memenangi PRU-14 baru-baru ini, tentunya masing-masing berebut-rebut hendak menerima kredit atas kemenangan tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts