JANGAN RISAU JIKA ORANG ISLAM MEMERINTAH

1.1k
SHARES
876
VIEWS

SURAT PEMBACA Cina, India, Singh dan lain-lain non Muslim termasuk Bumiputera yang bukan beragama Islam semua tidak perlu risau jika kerajaan baru terbentuk ini majoritinya Islam.

Terbukti 62 tahun orang Islam memerintah sebelum ini, tiada satupun  rekod menunjukkan harta orang bukan Islam dirampas, ada orang bukan Islam dibunuh sewenang-wenangnya atau dipaksa memeluk Islam.

Kalaulah sesiapa ada bukti, kitapun ingin melihatnya. Boleh dibawa ke mahkamah dan dapatkan keadilan. 

Negara yang majoritinya Islam seperti Malaysia, tidak menindas orang bukan Islam minoriti dalam negaranya.

Arab Saudipun sama, UAE, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara Islam semuanya menerima dengan tangan terbuka. 

TETAPI, kalau negara majoriti orang bukan Islam, belum tentu orang Islam minoriti akan dilayan dengan adil.

Contohnya Rohingya di Myanmar, India Muslim di India, bangsa Uighur di China.

Jangan lupa isu di Palestin, negara Israel kecil sahaja dan minoriti tetapi menindas dan membunuh orang Islam majoriti di sana.

Di Malaysia lagilah unik, ekonomi, perniagaan, kedai-kedai, kilang-kilang, pasaraya besar semua ini dikuasai oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Carta Top 10 Terkaya di Malaysia, mujur sahaja jika ada seorang dua yang Islam, lain semua bukan Islam.

Majoriti yang Islam ni ‘cool‘ sahaja, sedikitpun tidak dengki, sedikitpun tiada rasa mahu rampas atau jarah harta dan aset orang bukan Islam.

Kamu kuat kerja, kamu kaya, kamu jangan kacau kami sudah. 

Sebaliknya, bila sekejap sahaja orang bukan Islam minoriti ini kuasai politik Malaysia, terus di’bantai’nya, dijarahnya harta-harta dan aset-aset orang Islam dipindah milik ke orang bukan Islam, tanpa belas kasihan, walau jelas depan mata ia salah dan tidak adil.

Bayangkan kalau kerajaan orang Islam sebelum ini buat seperti itu? Segala harta-harta orang bukan Islam, perniagaan mereka dan aset mereka semuanya yang diletakkan walau untuk keperluan agama mereka dan bukan keperluan bangsa, dipindah milik ke orang Islam?

Bagaimana rasanya? Pernah tak mereka fikir? 

Malah orang Islam menjadi seperti warga ‘2nd class‘ buat mereka buat.

Malah yang bukan Islam lainpun terkesan hidup susah bisnes tidak jalan.

Sebab itu apabila yang Islam kuasai politik, apa hendak ditakutkan, ada selama 62 tahun sebelum ni harta-harta bukan Islam minoriti dirampas oleh pemerintah orang Islam yang majoriti?

Macam setahun dua ni bukan Islam minoriti buat ke orang Islam majoriti?

Cuba fikir sedikit sahajapun sudah boleh faham.

Hebatkan negara kita?

Kesimpulannya mudah, masing-masing bersyukur sudahlah.

Orang Islam ini sifatnya mudah, dia tidak dengkipun dengan orang bukan Islam. Jahat-jahat diapun dia tidak ganggu agama orang bukan Islam dan bangsa mereka. 

Habis kuatpun dia gaduh sesama sendiri sahaja berebut parking, berebut tempat nak meniaga di tepi longkang, atau bergaduh berterusan ‘bertegang urat’ berkaitan hal politik.

Tetapi orang Islam tidak sekali-kali akan ganggu hak orang bukan Islam, tidak ambik hiraupun mereka itu miskin dan orang bukan Islam itu kaya-raya, dan berkereta kereta besar. 

Habis kuatpun orang Islam  ini jika marah sekalipun, menyumpah sahaja dalam hati.

Ingat ya rakan-rakan bukan Islam semua, jangan risau jika orang Islam memerintah, In sha Allah orang bukan Islam pasti selamat.

Kita doa negara kita kelak kembali di perintah oleh orang Islam.

Oleh Kamaruddin Haji Elias

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts