MAHATHIR DAN DAP ADALAH “ADIK BERADIK SEIBU SEBAPA” MENJELANG PRU-14 DAN SEHINGGA KINI

312
SHARES
882
VIEWS

Oleh Zamzuri Mohamed Tahir

1 Rejab 1441H

Selama puluhan tahun, para pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat (PR), Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Pakatan Harapan (PH) memanggilnya sebagai Maha Firaun, pengamal politik ala Machiaveli, diktator, kuku besi dan pelbagai gelaran yang ekstrem. Dan dalam banyak perbincangan saya selalu tegaskan kena faham apa itu DIKTATOR DAN MAHA FIRAUN yang sering dilabelkan kepadanya.

Selain dari menyanggah hujah sahabat-sahabat yang menganggap beliau sebagai hamba atau barua DAP, saya juga menegaskan bahawa beliau diterima sebagai ‘tuhan’ kepada DAP dan kelompok Cina kapitalis tertentu, termasuk beberapa orang dari MCA sewaktu beliau dalam Barisan Nasional.

Ternyata pada hari ini, Mahathir dan DAP sudah tidak boleh dipisahkan. Bersyukurlah ALLAH DAN RASULNYA memandu jiwa-jiwa para pemimpin Muafakat Nasional dan GPS yang menolak kerajaan perpaduan bersama DAP.

Itulah penamat agenda politik Mahathir dan Pakatan Harapan dalam menyelesaikan kemelut dan konflik sesama mereka.

Mahathir kini mempunyai tiga pilihan;

PERTAMA, menubuhkan kerajaan baharu bersama Muafakat Nasional, PPBM, GPS, PAS dan parti-parti kecil lain. Kerajaan baharu tanpa DAP. Ternyata pilihan pertama ini akan melukakan adik beradik seibu sebapa Mahathir-DAP yang dijalinkan menjelang PRU-14.

KEDUA, membentuk semula kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan. Mahathir bukan sahaja memalukan diri dan partinya, malah kerajaan baharu ini akan terus ditertawakan dunia dan berada dalam konflik berpanjangan.

KETIGA, membubarkan Parlimen, sesuatu yang sangat sukar dilakukan Mahathir dan akan meninggalkan kesan abadi dalam sejarah negara dan titik hitam penamat kerjaya politik serta hidupnya.

Syukurlah, MUAFAKAT NASIONAL dan pembangkang tegas menjunjung kasih dan sembah takzim ke bawah DYMM SPB YDP AGONG agar Parlimen dibubarkan.

Tidak perlu lagi rakyat berteka-teki siapakah pemimpin Muafakat Nasional yang bakal menjadi Perdana Menteri dalam peralihan kuasa tanpa pilihan raya umum.

Segalanya sudah terang lagi bersuluh.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts