ADA APA DENGAN ANNUAR MUSA?

160
SHARES
516
VIEWS

Bekas Setiusaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa yang digantikan oleh Datuk Ahmad Maslan seperti biasa membuat kenyataan yang mengkritik partinya sendiri. Terkini beliau mengkritik tindakan Majlis Tertinggi UMNO ingin menamatkan kerjasama parti tersebut dengan Bersatu yang beliau sayangi melebihi partinya sendiri.

Annuar juga meminta penjelasan kepemimpinan UMNO sama ada berita menyatakan parti itu akan menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar. Jelas beliau, jika benar ia berlaku maka UMNO bakal berdepan dengan kerugian kerana menghadapi PRU-15 secara bersendirian. Tidak pasti sama ada yang akan rugi adalah UMNO ataupun Bersatu yang tiada akar umbi dan hanya mengharapkan serta memanipulasi kekuatan PAS.

Annuar turut bertanya adakah UMNO berpendapat kebersamaan parti tersebut dalam kerajaan Perikatan Nasional ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan sahaja? Kerisauan tidak bertempat Annuar ini hanya memalukan dirinya sendiri kerana soalan ini sepatutnya beliau tanyakan kepada Perikatan Nasional yang sehingga kini masih gagal membela Allahyarham Muhammad Adib dan RCI Tabung Hajipun masih tidak kedengaran – justeru kebersamaan apakah yang lebih penting daripada “kebersamaan Perikatan Nasional dengan masyarakat Melayu Islam yang menuntut dua isu ini dibela dan diperjuangkan.

Selain itu apa sahaja yang beliau kritik atau nasihat sekalipun tidak lagi penting kerana beliau tidak membawa aspirasi UMNO sebaliknya ‘tuan’ baharunya Bersatu dan contoh dua isu ini tidakpun beliau berani perjuangkan depan Perikatan Nasional. Sedangkan dua isu inilah yang konsisten UMNO perjuangkan sehingga kini dan menuntut Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dilaksanakan bagi mencari kebenaran.

Annuar sepatutnya belajar daripada PAS mengenai taat pemimpin atau ‘wala’. Beliau tidak boleh belajar daripada Bersatu yang bertindak memecat Pengerusinya sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Annuar juga tidak boleh belajar daripada kumpulan serpihan PKR dalam Bersatu yang diketuai Datuk Seri Azmin Ali yang juga bertindak meninggalkan ketua dan partinya, seperti yang Annuar cuba lakukan ketika ini tetapi masih ‘segan-segan’. Annuar ingin menjadi ‘hero’ jika dipecat tetapi UMNO lebih mudah mengendalikan Annuar ketika ini dengan membiarkan sahaja beliau ‘meroyan’. Kelak apabila tiba masanya jangan serahkan sebarang kerusi untuk beliau tandingi pada PRU-15.

Jika ketika itu Annuar baru hendak melompat keluar seperti Ahli Parlimen ‘katak’ yang lain mungkin sudah terlambat kerana agihan kerusi sesama Perikatan Nasional telahpun selesai dan UMNO pula tidak ‘allocate‘ sebarang kerusi untuk beliau. Justeru ketika itu ke mana beliau hendak pergi, sama ada bertanding sebagai calon bebas atau bertindak melompat serta merta dan mengharapkan ehsan Bersatu?

Mungkin beliau masih berpeluang berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng untuk meminta ehsan kerusi seperti yang pernah beliau harapkan suatu ketika dahulu untuk UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP. Ironinya kini beliau pula kata “No Anwar No DAP” maka biarkan sahaja Annuar ‘meroyan’ dan jangan dengar sebarang kritikannya kerana hanya merugikan UMNO dan menguntungkan Bersatu, sebaliknya fokus kepada PRU-15 yang semakin hampir.

Lebih baik kalah bermaruah daripada menang terhina dan terpaksa mengikut telunjuk parti lain. Tidak ruginya UMNO bersendirian kerana ketika ini asalkan dapat memperjuangkan rakyat seperti menuntut pengeluaran wang KWSP tanpa syarat yang akhirnya berjaya dilakukan walaupun CEO KWSP sendiri menjadi kambing hitam.

Daripada menang di bawah Perikatan Nasional tetapi rakyat tidak dapat diperjuangkan dan lebih buruk wujudnya layanan dua darjat antara pemimpin dan rakyat secara terang-terangan.

Cukup-cukuplah Annuar dan Perikatan Nasional, bermuhasabahlah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts