ZAHID PERLU CONTOHI HADI, BUKANNYA BERMAIN WAYANG

84
SHARES
270
VIEWS

Zahid perlu contohi Hadi, bukannya bermain wayang

Oleh: Mohamad Al Fatih

————————————————————-
Presiden Pas, Datuk Hadi Awang kelmarin menggesa penceramah parti itu yang menyerang UMNO supaya menghentikan perbuatan mereka.

Katanya, UMNO bukan lagi parti yang berkusa dan memerintah negara seperti sebelum ini. Sebaliknya inilah masa untuk Pas bekerjasama dengan parti yang mempertahankan Islam dan demi kuasa politik Islam.

Kenyataan Hadi itu sepatutnya membuka mata para pemimpin UMNO terutama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid sepatutnya membuat gesaan agar para pemimpin UMNO tidak menyerang parti mereka sendiri termasuk bekas Presiden.

Sampai hari ini beliau masih tidak berbuat demikian, cuma sekadar meminta Najib tidak berkecil hati. Masalahnya Zahid bukan sahaja dilihat gagal menerajui UMNO dalam melawan serangan persepsi Pakatan Harapan malah mahu bermain wayang menyingkirkan Najib daripada parti.

Beliau dikatakan merestui tindakan beberapa kerat pemimpin menyalahkan Najib yang disifatkan beban yang tidak wajar dipertahankan. Tetapi mereka lupa hakikat bahawa mereka juga sepatutnya malu kerana turut menjadi beban dan patut mengambil tanggungjawab penuh.

Juga menghairankan mengapa Zahid tidak mengeluarkan kenyataan keras terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mahu Najib disingkirkan. Padahal Rahim adalah oportunis yang mahu menangguk di air keruh bagi mendapat faedah daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Rahim sendiri sepatutnya bercermin diri terlebih dahulu. Rakyat tahu siapa beliau.

Inilah masalah dalam UMNO yang tidak bersandarkan kepada prinsip kebersamaan. Lihatlah bagaimana PKR mempertahankan pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun didapati bersalah di mahkamah atas dua kes liwat, satu kes salah guna kuasa, menjadi alat kuasa asing, bersekongkol dengan puak liberal dan mengkhianati perjuangan politik Islam.

Sedangkan Najib masih belum didapati bersalah oleh mahkamah. Selagi beliau belum disabitkan bermakna, beliau tidak boleh dilayan sebagai orang yang bersalah. Lim Guan Eng sendiri masih menyandang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang malah dilantik sebagai Menteri Kewangan kerana beliau dipertahankan oleh partinya habis-habisan meskipun didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan terpalit isu integriti yang serius dalam beberapa projek mega.

Mungkin benar kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa kritikan terhadap Najib oleh pemimpin UMNO tertentu adalah cerminan kegagalan dan kelemahan Zahid selaku Presiden UMNO. Sudah terdapat beberapa analisis melihat Zahid bimbang Najib yang lebih bijak, berketrampilan dan agresif menyanggah serangan Pakatan Harapan terus membayangi beliau.

Inilah nasib UMNO mempunyai Presiden yang lemah seperti Zahid.

Bukan sahaja UMNO tiada hala tuju malah tiada harapan untuk bangkit.

Kekalahan Barisan Nasional ( BN) di Sg. Kandis adalah juga atas faktor ramai ahli UMNO dan para penyokong parti itu serta orang Melayu, tidak meyakini Zahid sebagai Presiden UMNO.

Senario ini pasti berubah jika Tengku Razaleigh Hamzah atau Khairy Jamaluddin menjadi Presiden UMNO semasa pemilihan lalu. Selagi Zahid menerajui UMNO selagi itulah para pemimpin Pakatan Harapan senyum melihat kelemahan UMNO membunuh parti itu dalam senyap.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts