ISU BABIT AZAM BAKI, WIRA PUTRA BUAT LAPORAN POLIS HARI INI

221
SHARES
714
VIEWS

Sebentar tadi, Pergerakan Wira PUTRA Malaysia yang diketuai oleh Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif membuat satu laporan polis terhadap isu yang membabitkan pembelian berjuta saham oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki. Laporan tersebut bernombor DANGWANGI/000396/22 dan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada jam 1.29 petang tadi.

Menurut Nasrul, laporan tersebut dibuat berdasarkan satu sidang media yang dibuat semalam oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR) yang mendakwa saham tersebut merupakan milik adik kepada Azam sendiri.

Menurutnya, selepas sidang media tersebut, timbul pelbagai persepsi dan pandangan banyak pihak yang mempertikai kenapa perlu adik Azam menggunakan akaunnya bagi membeli berjuta saham tersebut dan adakah pengisytiharan telah dibuat kepada Ketua Jabatannya sebelum ini?

Dalam laporan polis tersebut juga mengatakan keperluan untuk Azam mengisytiharkan sumber dana yang diperolehinya bagi membeli saham tersebut. Sama ada sumbernya datang daripada pinjaman yang perlu diberikan perinciannya atau daripada simpanannya sendiri, sama ada melalui harta pusaka, pengeluaran KWSP ataupun Tabung Haji dan lain-lain sumber yang perlu Azam nyatakan.

Menurut Nasrul lagi, jika benar saham terbabit dimiliki oleh adiknya seperti yang didakwa, kenapakah akaun Azam digunakan oleh beliau sedangkan tentu diketahui bahawa abangnya itu merupakan penjawat awam, melainkan ada konflik kepentingan beliau terhadap pemilikan saham tersebut.

Wira PUTRA juga menuntut agar Azam menunjukkan bahawa saham tersebut sudah dipindahkan ke akaun milik adiknya dan memberi tempoh sehingga 24 untuk Ketua Pesuruhjaya tersebut membuktikannya. Jika tidak, menurut Nasrul, Azam tetap bertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan kewangan saham tersebut.

Tujuan utama Nasrul dan Wira PUTRA membuat laporan tersebut adalah dengan tujuan agar Azam Baki diberi keadilan dan kesempatan untuk membersihkan namanya sekiranya benar seperti apa yang beliau dakwa semalam dan sekiranya tidak, pergerakan tersebut menuntut agar Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dikenakan tindakan tegas selain bertujuan untuk membersihkan imej SPRM itu sendiri yang semakin terpalit dengan pelbagai isu akhir-akhir ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts