Tan Sri Mahiaddin Yassin sendiri sudah mengesahkan spekulasi beliau dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, Khamis 8 Mac pada jam 11 pagi. Terdahulu beberapa portal termasuk Malaysianow kepunyaan Perikatan Nasional mengatakan bekas Perdana Menteri kelapan itu akan ditahan berikutan dakwaan terlibat salah guna kuasa dan rasuah ketika darurat.
Perikatan Nasional juga sudah bersiap sedia mengerahkan penyokong-penyokong mereka ke Pejabat SPRM esok bagi memberikan sokongan serta bersedia berdepan dengan pemimpin nombor satu mereka itu ditahan. Tentu laungan “Kluster Mahkamah” akan bergema esok atau setidak-tidaknya akan terngiang-ngiang di telinga Mahiaddin apabila ditahan kelak.
Apapun inilah masanya beliau dan Perikatan Nasional membersihkan nama mereka menggunakan mahkamah. Jika tidak bersalah dan tidak terlibat rasuah atau salah guna kuasa, tiada apa yang perlu ditakutkan.
Bertabahlah Mahiaddin.