KHAIRY CARI JALAN UNTUK DIPECAT – LOKMAN ADAM

125
SHARES
403
VIEWS

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam yang paling aktif dalam UMNO untuk “turun padang” memperjuangkan kelangsungan UMNO pasca PRU-14, baru-baru ini seperti biasa dikritik oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila tersebarnya video simulasi demonstrasi di Janda Baik yang dianjurkannya.

Khairy, seorang lulusan Oxford yang bijak mengintai dan mengambil peluang demi kepentingan diri sendiri selepas UMNO kalah PRU-14 kini dilihat amat gigih ber-Twitter untuk mengecam secara halus beberapa perkara yang konon pada pengamatannya tidak wajar dilakukan, namun ironinya terhadap pimpinan dan parti UMNO yang didokongnya selama ini.

Beliau juga kerap disindir oleh netizen yang menjangkakan beliau akan melompat parti namun bagi Lokman yang usahanya diperlekehkan oleh Khairy mempunyai pandangan sedikit berbeza.

“Sebenarnya dia (Khairy) cari sebab kita pecat dia je sebab kalau nak keluar daripada BN, nak masuk kerajaan (Pakatan Harapan), malulah dia.”

“Tetapi kalau dia buat perkara-perkara yg menampakkan “against party’s principle, policy, againts party’s opinion” dia harap akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin dan diambil tindakan.”

Menurut Lokman, atas kekalahan Barisan Nasional pada PRU-14 yang lalu, Khairy kini mencari alasan untuk melompat parti namun beliau tidak akan berbuat demikian kerana malu dan menggunakan “strategi dipecat” untuk membolehkan beliau menyertai kerajaan, berkemungkinan besar melalui parti yang menggunakan bunga raya sebagai logo iaitu Bersatu.

Selain itu, Lokman juga menyindir Khairy sebagai seorang lulusan Oxford yang hanya mendiamkan diri apabila keistimewaan Raja-raja, hak-hak Melayu dan agama Islam dipertikaikan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts