APA SEBENARNYA IMPLIKASI PILIHANRAYA KECIL CAMERON HIGHLANDS

115
SHARES
370
VIEWS

Oleh: Dato Saiful Bahar

PKR Cameron Highlands adalah satu pilihanraya pertama, BN mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU-14.

PRK ini memperlihatkan BN meletakkan calon tempatan, calon langsung, anak tempatan Orang Asli.

Ini juga kali pertama PH meletakkan calon DAP India melawan Calon BN Orang Asli, anak tempatan.

Apabila BN meletakkan anak tempatan jati sebagai Calon, dengan pantas, Wan Azizah dan Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan bahawa adalah sukar untuk Calon PH/DAP menang di Cameron Highlands.

Tiba-tiba PH merasakan mereka calon under-dog bukan calon favourite.

Lim Guan Eng pula berterusan membohong pengundi-pengundi Cameron, dengan menyatakan bahawa kalau pengundi-pengundi mahukan pembangunan yang datang dari Kerajaan Persekutuan, pilihlah Calon PH.

Kononnya pembangunan dari Negeri boleh dapat daripada Menteri Besar Pahang, ADUN dari Cameron.

Dahulu DAP kata, tidak akan pancing undi dengan menjanjikan projek pembangunan.

Segala-galanya BOHONG BELAKA.

Satu lagi implikasi yang penting di Cameron ialah pengundi-pengundi Melayu sudah mulai sedar pembohongan dan janji-janji manis PH.

Janji-janji palsu PH juga sudah jelas kelihatan. Rakyat sudah tidak sanggup ditipu 2 kali.

Ketika PRK di Sg. Kandis, Kota Raja, Selangor, BN gagal merampas kerusi DUN itu kerana:
(i) Kerjasama dengan parti PAS masih di peringkat awal. Masing-masing masih tidak mempercayai. Kini kerjasama UMNO dengan PAS sudah berada di tahap yang amat baik.

(ii) Faktor Najib Razak, juga dijadikan alasan kekalahan. Kononnya, rakyat menolak BN kerana masih tidak mahukan Najib Razak.

KEADAAN SUDAH BERUBAH DI CAMERON.

Keadaan kini sudah berubah. Rakyat sudah mula menerima Najib Razak dengan hati yang terbuka.

Kemungkinan ini kerana negeri Pahang, negeri kelahiran Najib.

Negeri Pahang, negeri kelahiran Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2).

Apapun, populariti Najib semakin terserlah. Rakyat juga mungkin sudah mulai sedar, di bawah pemerintahan BN dan Najib, rakyat terasa kemakmuran dan kesejahteraan, di bawah kepimpinan yang adil dan perihatin terhadap rakyat jelata, termasuk pekebun, peneroka, nelayan dan petani, dijaga rapi.

Keluh kesah rakyat didengar oleh Najib Razak. Bantuan terus dihulurkan.

Di bawah kerajaan PH, keluh kesah rakyat tidak diendahkan. Jeritan rakyat meminta pertolongan, tidak dihiraukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Seorang berbangsa Cina yang tidak mengerti apa itu makna kesusahan rakyat, orang-orang Melayu di kampung-kampung.

Najib Razak terus menerus mempamerkan nilai-nilai kepimpinan yang terpuji. Sentiasa tenang dan menghulurkan bantuan serta mendengar keluh kesah kesusahan rakyat.

Sesungguhnya dalam 8 bulan ini:

RAKYAT SUDAH MULAI SEDAR,
ORANG-ORANG MELAYU SUDAH PANDAI MENILAI,
PEMANDU-PEMANDU TEKSI SUDAH MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLONG DAN SIAPA YANG HANYA PANDAI MENABUR JANJI-JANJI PALSU.

Saya bersetuju dengan pandangan dari Tan Sri Viki, Presiden MIC.

Dia berkata kepada saya, “MIC bersetuju meminjamkan kerusi Cameron Highlands ini kepada BN/ calon langsung, kerana UMNO adalah kekuatan kepada Barisan Nasional.”

“Ketika ini semangat UMNO tengah jatuh. Sekiranya kita menang di Cameron, semangat UMNO boleh dipulihkan.”

“Apabila UMNO pulih dan bangkit, Barisan Nasional juga akan terus bangkit dan kuat semula.”

MIC memahami keadaan politik ini, kerana itu adalah menjadi tanggungjawab MIC sebagai rakan kepada UMNO, untuk membantu UMNO memulihkan dirinya semula dan menguatkan Barisan Nasional. Kerana itulah MIC meminjamkan kerusi Cameron Highlands kepada BN dengan hati yang terbuka.

Semoga Barisan Nasional beroleh kejayaan di Cameron. In sya Allah.

SALAM STRAWBERRY DARI CAMERON HIGHLANDS.

18 Januari 2019

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts