Satu persoalan yang paling besar masa kini ialah kenapa Dr. Mahathir terlalu sukar untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim?
Dr. Mahathir kata, video Sandakan tersebut adalah satu video palsu, fake dan dibuat oleh musuh yang mempunyai agenda politik.
Kenapa Dr. Mahathir begitu cepat mempertahankan Azmin Ali, Menteri Ekonomi, sedangkan pihak polis belum lagi selesai menjalankan siasatan.
Dr. Mahathir mungkin dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang sudah berumur. Tetapi jika beliau dikepung seperti ini, Harimau Asia ini (Dr. Mahathir) akan bertindak balas.
Terutama sekiranya Harimau Asia ini merasakan Conspiracy politik terhadap Azmin, sebenarnya adalah bertujuan memburuk-burukkan kabinet dan kerajaan beliau (Dr. Mahathir).
Serta mempunyai niat untuk memberi tekanan agar beliau (Dr. M), melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan kadar yang segera.
DS Hamid Bador IGP kata, pihak polis memerlukan masa untuk melakukan siasatan terhadap kesahihan video tersebut.
Pihak polis belum ada petunjuk yang pasti. Polis akan memanggil kedua-dua pihak iaitu yang menuduh dan yang dituduh, untuk siasatan.
Sehingga siasatan selesai, IGP kata beliau tidak akan membuat sebarang kesimpulan berkenaan dengan kes ini.
Pelantikan Lateefa Koya sebagai KP SPRM menyebabkan penyokong-penyokong Anwar rasa kecewa kepada Dr. Mahathir.
Pelantikan KP SPRM tanpa merujuk kepada Kabinet atau Majlis Presiden Pakatan, menyebabkan berlaku sedikit keretakan di dalam Gabungan Parti Pakatan.
Tambahan pula, Lateefa dilihat sebagai seorang penyokong kepada Azmin Ali sebelum ini.
Sebelum itu, Dr. Mahathir telah melantik bekas IGP Tan Sri Rahim Noor sebagai Penyelaras kepada Usaha Keamanan di Selatan Thailand.
TS Rahim pernah dituduh terlibat dengan kes memukul Anwar di dalam tahanan pada tahun 1998 (kes mata lebam Anwar).
Pelantikan ini juga sebenarnya, mengecewakan keluarga dan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
Terkini, penyokong-penyokong Anwar menyertai kempen online meminta Latheefa meletakkan jawatan sebagai KP SPRM.
Nurul Izzah pernah membuat kenyataan kepada Media Singapura, betapa sukarnya untuk bekerja dengan seorang bekas diktator seperti Dr. Mahathir.
Pelbagai perkara dirasakan akan berlaku lagi, apabila tarikh 2 tahun untuk peralihan kuasa Perdana Menteri semakin hampir (Mei 2020).
Pelantikan Latheefa Koya berkemungkinan bertujuan untuk memecah-belahkan parti PKR, yang kini mempunyai 50 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat – Divide and Rule.
Teringat saya kepada zaman Tun Musa Hitam dengan Ku Li.
Apabila Musa menang melawan Ku Li untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Round Pertama.
Dr. Mahathir tidak singkir Ku Li daripada Kabinet, sebaliknya melantik Ku Li sebagai Menteri MITI, menyebabkan kemarahan Musa Hitam membara.
Selepas itu, Ku Li lawan Musa untuk jawatan Timbalan Presiden, Round Kedua. Musa (TPM) menang Round Kedua tersebut.
Dan akhirnya, Musa bergabung dengan Ku Li menentang Dr. Mahathir pada pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden pada tahun 1987.
Permainan politik yang licik oleh Dr. Mahathir. Divide and Rule.
Kini, tanpa kepercayaan yang jitu di antara parti-parti di dalam Gabungan Pakatan Harapan, adalah sukar untuk Pakatan bekerja sebagai satu pasukan.
Masa hadapan kelihatan cerah untuk BN, UMNO, PAS dan Blok Pembangkang.
Sekiranya mereka bersatu dan memperkukuhkan parti masing-masing.
Salam.
DSBA
17 Jun 2019
Mendoakan Masa Depan Yang Cerah dan Terbaik Untuk Negara Malaysia, Tercinta.