PATUT SIASAT SEMUA KERANA TIADA PARTI MALAIKAT

338
SHARES
2k
VIEWS

Calon Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mengulas dakwaan akan ada lebih ramai pemimpin parti politik itu akan disiasat pihak berkuasa selepas Barisan Nasional (BN) kecundang berkata, tindakan boleh diambil jika terbukti mereka melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, beliau mengulas lanjut bahawa siasatan itu tidak sepatutnya hanya menjurus kepada UMNO malah semua parti politik yang ada di negara ini termasuk Pakatan Harapan.”Mereka bukan malaikat, mereka juga harus disiasat. Jangan kata UMNO sahaja tak ada malaikat,” katanya lagi.

Pandangan Ku Li wajar diperhalusi oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak semestinya apabila BN kecundang maka mereka melakukan kesalahan dan mereka yang menang pula suci tanpa melakukan kesalahan.

Kerajaan tidak boleh sentiasa bergantung kepada pengisytiharan harta semata-mata kerana umum tahu terdapat banyak cara untuk menyorok harta antaranya melalui proksi dan mewujudkan akaun luar pesisir yang sukar disemak jika tidak mengetahui sebarang butiran mengenainya.

Mana-mana individu ataupun parti komponen Pakatan Harapan juga wajar disiasat dan tidak patut dilindungi sekiranya didapati bersalah walaupun ada kalangan mereka yang menjadi menteri. Ini kerana prinsip ketelusan tanpa rasuah, kleptokrasi, nepotisme dan kronisme yang didokong sejak dahulu yang sentiasa diamalkan oleh Pakatan wajar diteruskan walaupun kini telah menjadi kerajaan kerana tiada sesiapapun seperti malaikat, seperti pandangan Ku Li yang meminta tidak berlakunya sikap ‘double standard‘ dalam menyiasat sebarang parti.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts