RESAMNYA HANYA PENGKHIANAT MEMBELA PENDERHAKA

1.1k
SHARES
3.9k
VIEWS

1. Laporan media yang tular mengatakan Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan Tun Mahathir bagi menuntut pembelaan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas penderhaka Sultan amatlah dikesali.

2. MUAFAKAT tidak bersetuju sama sekali tindakan beliau itu yang terang-terangan membelakangi keputusan mahkamah, serta secara tidak langsung menunjukkan sikap sebenar beliau yang menolak sistem pemerintahan negara iaitu yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, apabila beliau membela penderhaka yang bukan hanya menghina Kesultanan orang Melayu malahan berniat untuk menghapuskan sistem yang telah sekian lama diamalkan di negara kita, yang sebenarnya tidak sama dengan konsep pemerintahan beraja di negara Barat.

3. Apa sekalipun niat Anwar mahu berjumpa dengan Tun Mahathir, yang pastinya perjumpaan itu akan menimbulkan berbagai perspektif, namun banyaknya mendatangkan kesan buruk khususnya terhadap Tun Mahathir, kerana jika tujuannya untuk meminta supaya Tun campur tangan dalam kes membela penderhaka ini, maka ia nanti akan mengundang tanggapan rakyat yang Tun bersubahat dalam perkara batil, dan jika benar, “rule of law” bagaimana yang akan Tun ambil bagi menangani isu ini?

4. MUAFAKAT tidak mahu Tun Mahathir dijadikan mangsa berterusan dipergunakan oleh pihak tertentu yang berkepentingan diri sendiri dengan melanggar hierarki perundangan, bertindak mengatasi kedaulatan Raja-raja Melayu semata-mata untuk memuaskan hati mereka bersekongkol dengan sikap biadap penderhaka iaitu menghina Raja-raja Melayu, dengan berbuat tuduhan bahawa sistem Raja Berperlembagaan diistilahkan sebagai sistem monarki celupan dari sistem feudal ala-Barat, ini merupakan pandangan yang amatlah meleset sekali.

5. Kita semua sekian maklum bahawa sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita ini, tidak sama baik dengan sistem Beraja Arab Saudi mahupun sistem Beraja di negara Jepun. Apatah lagi dengan siatem feudal Barat. Perkara ini boleh dirujuk kepada ramai kalangan sarjanawan Melayu yang pakar dan ahli dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Selain itu, timbul pula persoalan mengapa harus berjumpa Tun Mahathir? Untuk apa jumpa Tun, apakah kerana Tun mempunyai kuasa mencampuri urusan penghakiman negara, atau ini juga salah satu dari agenda dendam Anwar cuba bermain dengan sentimen lama, dahulunya Tun Mahathir dikatakan pernah terlibat dalam keputusan penghakiman terhadap kes liwatnya, yang ketika itu Tun Mahathir menafikan penglibatannya.

7. MUAFAKAT juga terkilan dengan sikap penderhaka tegar ini apabila video pembelaan beliau yang mengatakan beliau tidak bersetuju dengan sistem monarki yang diamalkan di Malaysia, dengan mengambil ibrah dari kisah Nabi Musa Alaihissalam dengan memfitnah Baginda menentang Firaun – seolah-olahnya – kerana ingin menghapuskan sistem monarki Firaun, sedangkan Baginda Nabi Musa Alaihissalam berkonfrantasi dengan Firaun kerana mahu mengajaknya kepada tauhid meng-ESAkan Allah SWT.

8. Maka di sini ternyata jelas sekali bahawa penderhaka ini bukan sahaja menghina Kesultanan orang Melayu malah melakukan fitnah besar terhadap junjungan Baginda Nabi Musa Alaihissalam. Sejarah tidak tercatat adanya Nabi yang berjuang untuk menghapuskan sistem monarki?

9. Justeru dari itu, MUAFAKAT mengesyorkan bukan sahaja penderhaka durjana ini dihukum penjara, tetapi hendaklah dibuang negeri terus untuk dijadikan sebagai tauladan kepada rakyat yang lain agar tidak mengikuti jejak langkah seorang penderhaka dan pengkhianat ini.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts