Oleh Mohd Puad Zarkashi
16 Julai 2019
Kuat Tun M cover line. Dia menafikan Lim Kit Siang yang mencadangkan penubuhan BERSATU untuk mencuri sepuluh peratus undi orang UMNO.
Orang yang buat tuduhan itu boleh pergi ke Tanjung Rambutan kata Mahathir. Lim Kit Siang pula menafikan dia pernah menuduh Tun M sebagai bapa rasuah.
Hebat “setiakawan” antara Mahathir-Lim Kit Siang umpama asam di darat ikan di laut, di dalam belanga bertemu juga.
Kalau dah jodoh tidak kira bermusuhan atau berlainan bangsa serta keturunan, mereka akan berkahwin jua.
Nampaknya macam tidak ada jodoh antara Mahathir-Anwar. Walaupun seketurunan dan seagama.
Ia umpama durian di darat, ikan di laut, di dalam belanga jadi tempoyak.
Baunya tidak semua orang suka walaupun ada yang suka.
Bila Anwar kata, Tun bekerja kena ikut polisi Pakatan, Tun menjawab, semua pemimpin Pakatan kena ikut ketua. Kalau tak ikut, kita belasah.
Sedikitpun tidak ada perasaan untuk cover line.
Nampaknya setiakawan Mahathir-Lim Kit Malam (Siang) akan menggelapkan lagi peluang Anwar untuk jadi PM.
DAP pula akan terus mendalangi PH.
Kita lihat, siapa yang akan ke Tanjung Rambutan.