KERAJAAN PAKATAN ‘IN A NUT SHELL’ – 14 BULAN KE HADAPAN

104
SHARES
334
VIEWS

Mei 2018:

Dr. Mahathir mahu angkat sumpah jadi PM gagal kerana YDPA tidak setuju.

Tidak setuju kerana parti Bersatu hanyalah parti minoriti, ada 13 kerusi sahaja. PKR ada 47. DAP ada 42 kerusi.

Dr. Mahathir jumpa Azizah, Guan Eng dan Mat Sabu untuk dapatkan persetujuan.

Azizah setuju. Syarat Anwar dibebaskan dengan segera. Pengampunan penuh dan Dr. Mahathir jadi PM interim untuk 2 tahun sahaja.

Dr. Mahathir angkat sumpah 10 Mei 2018.

JUN 2018:

Membina Kabinet Jemaah Menteri mengikut ratio parti:

DAP demand Menteri:

Kewangan.

Komunikasi.

Pengangkutan.

Sumber Manusia.

Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar.

Industri Utama.

BERSATU dapat:

Menteri Dalam Negeri.

Pendidikan.

Luar Bandar.

Pembangunan Usahawan.

Belia dan Sukan.

PKR dapat:

Menteri Ekonomi.

Kerja Raya.

Hal Ehwal Pengguna.

Kebajikan & Wanita.

Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Sumber Asli & Alam Sekitar.

Luar Negeri.

AMANAH dapat:

Menteri Agama.

Pertanian.

Kesihatan.

Pertahanan.

Wilayah Persekutuan.

JULAI 2018:

Dr. Mahathir kata, janji-janji Manifesto PRU-14, bukannya Kitab Suci.

Tidak perlu ditunaikan semua janji-janji tersebut. Pakatan tidak sangka boleh menang PRU ke-14.

OKTOBER 2018:

13 Oktober, Anwar Ibrahim menang Pilihan Raya Kecil Port Dickson dan kembali sebagai Ahli Dewan Rakyat.

JANUARI 2019:

Isu bila peralihan kuasa Perdana Menteri antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim mula diperkatakan.

Tiba-tiba cahaya kepimpinan politik Azmin Ali bersinar terang.

Azmin kelihatan sebagai antara calon yang amat sesuai menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM.

MEI 2019:

Genap setahun Pakatan Harapan memerintah negara Malaysia.

Populariti PH jatuh merudum. Populariti Dr. Mahathir juga jatuh.

Ekonomi negara dan pasaran saham di BSKL turut jatuh merudum.

KEJAYAAN 12 BULAN KERAJAAN PH:

1. Program Permata, sudah jadi Genius.

2. BR1M sudah jadi BSH.

3. AES sudah jadi AWAS.

4. RTC sudah jadi PKD.

5. Klinik 1 Malaysia sudah jadi Klinik Komuniti.

6. Perumahan PR1MA sudah jadi Perumahan Rakyat Harapan.

JUN 2019:

Video Seks Songsang Sandakan meletup melibatkan Menteri Ekonomi.

Haziq mengaku terlibat sebagai pelaku di dalam video sensasi tersebut.

Azmin Ali tidak mengaku terlibat.

Dr. Mahathir pula kata, ini bukan isu moral tetapi isu politik yang jahat dan kotor, cubaan untuk menjatuhkan seorang Menteri yang terbaik di dalam kabinet beliau.

Dulu, masa Anwar Ibrahim dipecat, itu isu moral.

Kini, Azmin Ali diselamatkan. Ini bukan isu moral tetapi isu politik kotor.

BERMAKSUD:

Aksi seks songsang bukan satu isu moral yang salah, antara jantan dengan jantan.

Suka sama suka tetapi ini isu politik yang kotor kerana ada pihak mengedarkan video seks tersebut.

Polis bertindak tangkap suspek pengedar video tersebut.

JULAI 2019:

KPN kata, video seks tersebut adalah asli tetapi pelaku tidak dapat dicam 100 peratus.

Rakyat kata, pencuri di 7-Eleven pun boleh dicam menggunakan CCTV.

Pembunuh warga Koreapun boleh dicam menggunakan CCTV di KLIA 2.

Inikan pula kamera video di Hotel Four Season Sandakan.

OGOS 2019:

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkata, Dr. Mahathir seharusnya jadi Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal ini iaitu selama 5 tahun.

PAS akan sokong Dr. Mahathir sebagai PM sehingga 2023.

Azmin Ali sokong saranan Haji Hadi untuk Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri,ย full term, selama 5 tahun.

Zuraida (VP PKR), turut setuju dengan saranan Haji Hadi ini. 5 tahun untuk Dr. Mahathir.

Ada bekas pemimpin UMNO turut berjumpa dengan Dr. Mahathir memberikan sokongan agar Dr. Mahathir berkhidmat sebagai PM full term 5 tahun.

Mat Sabu kata;

Berapa lama tempoh Dr. Mahathir kekal sebagai PM, akan ditentukan oleh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Satu jawapan yang selamat oleh Mat Sabu.

Lim Guan Eng masih membisu seribu bahasa.

PARTI PKR:

Kumpulan Reformasi PKR mahukan Dr. Mahathir turun pada bulan Mei 2020, selepas 2 tahun.

ANWAR IBRAHIM:

Belum ada kenyataan rasmi.

Tetapi nampak seperti gundah-gulana.

Memendam perasaan.

Apa pula nak jadi selepas ini?

Jika jiwa sebening air,
Maka jangan keruhkan,
Jika hati seputih awan,
Jangan mendungkan.

#SILAP PANGKAH HIDUP PARAH.

Salam.

DSBA

6 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts