MASZLEE LETAK JAWATAN? – DR. NOVANDRI

250
SHARES
807
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri 

Teruk Maszlee Malik dibalun oleh NGO-NGO pendidikan Cina dan ahli-ahli politik serta cai-cai DAP kerana isu pengenalan Jawi.

Jika kita tengok video di bawah, kita dapat agak betapa stress-nya Maszlee. Jika dahulu PH dabik dada sebagai kerajaan PH yang satu, sekarang lain pula. Asing-asing sudah ada pula menteri DAP atau menteri PPBM!

Jika ikut teori politik, posisi Maszlee sebagai menteri ibarat telur di hujung tanduk, menunggu masa dipecat jawatannya dek tekanan DAP dan NGO kuncu-kuncunya.

Dan biasanya DAP akan menang.

Maszlee mungkin meletakkan jawatan ‘secara terhormat’ jika terus didesak DAP. Tapi memang patutpun lebih-lebih lagi jawatannya sentiasa dimonitor oleh DAP dan kuncu-kuncunya yang sangat rasis.

Lebih teruk lagi apabila sekarang kita nampak Ahli-ahli Parlimen PPBM hanya ‘play safe‘.

Cai-cai PPBM yang berkeliaran dalam Facebook dan Whatsapp pun tidak mampu hendak pertahankan pemimpin-pemimpin mereka.

So sekarang terpulang kepada Dr. Mahathir sama ada beliau sanggup pertahankan Maszlee seperti Azmin Ali.

Atau Maszlee out, ada menteri baharu dan segala isu yang kontroversi seperti khat jawi boleh ditangguh lebih lama lagi.

Sebab itu Maszlee nampak lain macam sahaja terlebih pertahankan Mahathir sedangkan kabinet PPBM buat-buat tidak tahu sahaja.

Maszlee minta talian hayat daripada Mahathirkah?

Kita tunggu dan lihat…

Ikuti posting Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/DrNovandriHasan/posts/888514761529396

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts