TIDAK MUNGKIN HANYA SALAH FAHAM, CHIN TONG – DR. NOVANDRI

440
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri 

Kita kesal dengan kenyataan lemah Timbalan Menteri Pertahanan PH, Liew Chin Tong DAP yang mendakwa penghinaan Koon Yew Yin penyokong kuat PH-DAP terhadap Angkatan Tentera Malaysia sebagai ‘salah faham’.

https://m.utusan.com.my/…/peranan-atm-chin-tong-kesal-kenya

Kita tidak percaya ia soal ‘salah faham’ kerana Yew Yin orang lama yang selama ini mengumpul kekayaan hasil daripada keamanan negara ini yang dijaga oleh anggota-anggota keselamatan negara.

Untuk mendakwa ia hanya ‘salah faham’, Senator DAP itu nampak tidak serius dan tidak tegas mempertahankan anggota-anggota kementeriannya sendiri.

Adakah kerana Yew Yin telah beri RM100,00 kepada DAP, PAN, PKR dan PPBM untuk PRU-14 yang lepas, maka Senator DAP itu tampak berlembut kepada Yew Yin?

BEGINILAH… untuk buktikan DAP-PH benar-benar kesal di atas penghinaan yang dilakukan oleh Yew Yin itu, kita tuntut keempat-empat parti dlm PH itu PULANGKAN BALIK RM100,000 setiap parti dengan kadar segera.

Ia sebagai tanda PH tidak mahu bersubahat dengan orang yang telah menghina anggota keselamatan.

Jika gagal, DAP-PH mmg merestui kenyataan si penghina anggota keselamatan itu.

Tetapi saya tidak akan terkejut jika Senator DAP itu salahkan media sebab ‘salah lapor’ jika kenyataannya dikutuk keras oleh netizen.

Dan janganlah tetiba Yew Yin dijemput datang ke MOD, buat PC tanda ‘bersalah’ dan ‘minta maaf’ di sana pula ya.

PH juga patut serahkan RM400,000 kepada Tabung Perajurit untuk anggota-anggota tentera yang telah dihina oleh penyokong kuat dan penyalur dana politik PH-DAP itu.

p/s : Mana Mat Sabu?

Ikuti posting Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/DrNovandriHasan/posts/888937848153754

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts