YANG PERTAMA:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (Menteri Ekonomi) dijemput hadir.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim (bakal PM ke-8) tidak dijemput.
TPM Wan Azizah (Penasihat PKR) sama ada tidak dijemput atau tidak hadir.
Atau Suami Wan Azizah, menyampah untuk hadir.
Pemimpin-pemimpin Melayu dari Parti DAP – tidak dijemput.
BERMAKNA:
Kongres Maruah Melayu ini bukanlah satu Kongres yang benar-benar untuk orang-orang Melayu.
Jemputan ke Kongres dipilih-pilih.
Hanya orang tertentu sahaja dijemput.
YANG KEDUA:
Kongres pada mulanya hendak dianjurkan oleh Hamzah Zainuddin dan Zainal Kling (Universiti Malaya) di Stadium Tertutup di Bukit Jalil.
Diubah di saat-saat akhir ke Stadium Melawati Shah Alam.
Dekat sedikit hendak angkut pelajar-pelajar Melayu dari UiTM Shah Alam.
YANG KETIGA:
Ketika pembentangan resolusi-resolusi oleh pelajar-pelajar universiti dan wakil dari parti PAS.
Mereka memaklumkan bahawa berhari-hari Pembentangan Meja Bulat telah diadakan di universiti masing-masing untuk mendapatkan Kupasan Terbaik, demi mengembalikan MARUAH ORANG MELAYU.
DALAM UCAPAN DR. MAHATHIR:
Dr. Mahathir jawab:
Jangan jadikan kongres ini, sebagai satu acara untuk meminta sesuatu daripada kerajaan.
SEBALIKNYA, ORANG-ORANG MELAYU BOLEH MEMULIHKAN MARUAH MELAYU DENGAN SENDIRI.
ADUH. DR. MAHATHIR.
Salam,
SAIFUL BAHAR ARSHAD
6 Oktober 2019