Tun Mahathir tidak mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri lebih 20 tahun dahulu dan akibatnya Anwar dihumban ke penjara atas kesalahan salah guna kuasa.
Punca sebenar yang dijadikan sebagai alasan untuk menendang keluar Anwar adalah kerana meliwat, di mana ungkapan terkenal Mahathir ketika itu ialah, “Ini bukan isu politik tetapi isu moral”.
Apabila terpaksa berkongsi kuasa demi menumbangkan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pelan peralihan kuasa kepada Anwar yang dibencinya terpaksa dipersetujui.
Seperti yang beliau selalu katakan, kami tidak sangka menang maka kami berjanjilah macam-macam… Dan janji beliau menyerahkan jawatan kepada Anwar mungkin salah satu dari ‘janji macam-macam tersebut’.
Kini, situasi tersebut berlaku kembali namun keadaan amat berbeza dan ‘menggelapkan’ harapan Mahathir untuk mengekang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Kali ini isu yang sama iaitu isu liwat masih menyelubungi Mahathir, malah seumpama bayang-bayangnya sendiri yang tidak mampu beliau nyahkan.
Selepas lebih 20 tahun kemudian, perkara yang sama berlaku iaitu masalah berkaitan penggantinya.
Bezanya kini watak ini dimainkan oleh Datuk Seri Azmin Ali yang diharapkan dapat menggantikannya bagi mengekang kemaraan Anwar.
Ironinya dan amat memalukan, Azmin Ali juga terpalit dengan isu liwat, lebih tragis apabila mempunyai bukti video dan pengakuan saksi pasangannya.
Kali ini istilah liwat lebih dimasyhurkan sebagai ‘semburit’, satu istilah baru yang diminta oleh pakar bahasa untuk dikekalkan.
Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan berpendapat, istilah semburit yang membawa maksud persetubuhan sesama lelaki mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bertepatan dengan perbuatan buruk yang dilakukan.
…..
Tiba-tiba kali ini nada Mahathir berbeza apabila mengungkapkan kata-kata, “Ini isu politik, bukan isu moral” – amat berbeza dan tidak adil pandangannya kali ini jika hendak dibandingkan dengan kes Anwar suatu ketika dahulu.
Jelas menunjukkan Mahathir sebenarnya bukanlah mementingkan isu moral menteri-menterinya.
Bagi Mahathir, siapa yang disukainya akan dikekalkan dan siapa yang tidak disukainya akan ditendang keluar.
Takrif ‘Rule of law‘ adalah mengikut terjemahannya sendiri.
Jika melawan seperti Anwar, akan dihumbankan ke penjara, sama seperti yang ingin dilakukannya terhadap Najib.
…..
Nampaknya di penghujung usia, isu liwat-meliwat ini masih ‘mengikuti’ Mahathir ke mana jua beliau pergi.
Jika dahulu bakal pengganti yang dibencinya ditendang keluar kerana isu liwat, tetapi kini bakal pengganti yang disukainya pula terpalit isu liwat.
Persoalannya, sampai bilakah nasib beliau akan kekal sebegini, masih tidak dapat lari dari isu liwat-meliwat?
Apa yang diperlukan Mahathir mungkin seperti lirik Fade To Black, lagu oleh kumpulan Metallica, iaitu “Need the end to set me free…”
Tetapi jika ‘at the end‘ itu tetap Anwar yang menjadi Perdana Menteri, tentu lagi kasihan nasib Mahathir anak beranak…