TPM: ANWAR BUKAN PENASIHAT SAYA

84
SHARES
272
VIEWS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah bertegas tidak menjadikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘penasihat’ dalam mempertimbangkan sebarang hala tuju atau mencatur dasar kerajaan ketika ini dan segala dirujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Datuk Dr. Wan Azizah menegaskan ketika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim sering ke luar negara menemui rakan-rakannya dan tiada banyak ruang untuk berbincang, malah Anwar sering mengatakan ini Kabinet Tun (Dr Mahathir). maka rujukannya haruslah terus kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau hanya akan mendapatkan pandangan daripada Anwar jika ada peluang dan ruang, tetapi kebanyakan masa lebih mudah untuk beliau berjumpa Tun Dr Mahathir.

Menyentuh keserasian bekerja, Dr Wan Azizah menyifatkan tidak berdepan sebarang masalah bergandingan dengan Dr Mahathir sejak menerajui tampuk pemerintahan kerajaan pasca kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

Beliau menjadi sasaran mudah apabila ada segelintir pihak menuduh beliau lebih cenderung mendapatkan nasihat suaminya. Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri kelapan selepas pengunduran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun yang akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini telah disepakati oleh semua parti Pakatan Harapan sebelum PRU-14.

Maka pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang tidak ingin melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya kelak demi untuk menjaga kepentingan masing-masing kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih tegas dan adil dalam membina ekonomi negara.

Namun yang lebih penting tidak akan mengamalkan kronisme, nepotisme dan kleptokrasi, selaras dengan perjuangan beliau sejak 1998.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts