PROGRAM MALAYSIA WORK MAHATHIR TIRU DARI NETFLIX? – ISHAM JALIL

287
SHARES
926
VIEWS

Tengahari tadi YAB Perdana Menteri Dr Mahathir baru melancarkan program Malaysia Kerja atau Malaysia@Work untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 5 tahun.

Ini adalah bersamaan dengan 70,000 peluang pekerjaan setiap tahun.

Sebanyak RM6.5 billion diperuntukkan untuk program ini.

Sebelum ini saya pernah berkata setiap tahun terdapat lebih kurang 500,000 orang yang keluar sekolah dan universiti yang mencari pekerjaan.

Oleh itu kita perlu mewujudkan 500,000 pekerjaan setiap tahun, bukan 350,000 pekerjaan setiap lima tahun atau 70,000 pekerjaan setahun.

Apa akan jadi dengan 430,000 lagi rakyat yang tidak dapat peluang pekerjaan?

Sebahagian besar daripada peruntukan RM6.5 billion tersebut adalah untuk membayar majikan supaya mengambil orang bekerja.

Ini adalah cara yang lemah untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Cara yang lebih baik ialah dengan mengembangkan ekonomi.

Setiap satu peratus ekonomi berkembang, lebih kurang seratus ribu peluang pekerjaan akan wujud.

Semasa zaman Najib, ekonomi berkembang dengan kadar 5 ke 6 peratus.

Kadar perkembangan ini adalah baik untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi kepada rakyat.

Namun kini akibat dasar bergaduh dengan negara lain dan ketidakcekapan Kerajaan PH mentadbir ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi merosot kepada 4 peratus.

Beratus ribu peluang pekerjaan hilang di tangan Kerajaan PH ini.

Lebih lama kita tunggu lebih teruk keadaan jadi.

Dan program “Malaysia Work” ini seakan ditiru dari program “America Work” oleh Presiden Amerika fiksyen Francis Underwood dalam cerita bersiri Netflix House of Cards.

Mungkin inilah cara menteri-menteri PH ini fikir, dah tiada idea lain sampai terpaksa tiru dari Netflix.

Aduhai.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/585002422255286?d=n&sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts