MUAFAKAT mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau seorang suspek lelaki Australia berusia 48 tahun yang mencaci maki tiga orang Muslimah yang sedang berbual dengan sentimen anti-Islam lalu menyerang pula salah seorang daripada mangsa.
2. Rakaman CCTV menunjukkan suspek menyerang mangsa yang sedang hamil dengan menumbuk dan memijak-mijak. Ini terang-terangan perbuatan seorang pengecut kesan dari propaganda anti-Islam Barat hingga mencetuskan sentimen Islamofobia kepada bukan Islam khususnya golongan kulit putih.
3. Tragedi yang amat mengecewakan ini berlaku dalam jangka waktu yang belumpun reda kesedihan umat Islam seluruh dunia dengan peristiwa pembunuhan tembakan rambang ke atas umat Islam yang tidak bersalah yang berlaku di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019.
Serangan kejam itu membunuh 51 umat Islam dan mencederakan sekurang-kurangnya 49 yang lain.
Pengganas merupakan seorang warga Australia, ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan dan kini sedang menjalani hukuman penjara.
4. Justeru, MUAFAKAT menuntut supaya kerajaan Australia bersikap tegas dalam pembicaraan terhadap suspek yang telah bertindak memalukan imej negara Australia yang kini dilihat sebagai sebuah negara dengan rakyat yang paling keras kebenciannya terhadap orang Islam.
5. MUAFAKAT juga mendesak supaya kerajaan Australia melakukan sesuatu yang drastik dalam menangani masalah Islamophobia yang kini semakin merebak luas dan melampau-lampau di kalangan rakyatnya.
Kita tidak mahu pembunuhan beramai-ramai di New Zealand berulang lagi, kali ini di Australia pula.
6. MUAFAKAT menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa dan keluarga mangsa, dan mendoakan agar mangsa segera sihat dan terjaga keselamatan.
7. Akhir sekali MUAFAKAT mengulangi pendirian, tidak sama sekali bersetuju dengan sebarang bentuk tindakan ganas terhadap mana-mana individu tanpa mengira bangsa dan agama.
Umat Islam mesti dalam keadaan apa jua sekalipun menjaga akhlak sebagai seorang Muslim. Harus pada dirinya mempunyai intelektualiti, integriti, dan spiritualiti yang tinggi, barulah Islam akan dilihat sebagai agama yang mempunyai ketamadunan berakhlak tinggi.
8. Umat Islam bukanlah penganut yang mudah terpengaruh atau terikut-ikut akhlak kehaiwanan seperti perangai lelaki tua Australia itu yang bertindak penuh kebiadaban terhadap penganut agama lain, mudah terpengaruh dengan propaganda palsu media Yahudi yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi.
Umat Islam harus rasional dan jauh lebih bertamadun pada adab dan akhlaknya daripada mereka golongan kafir yang kini semakin ketandusan moral atau berakhlak mulia.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Naib Pengerusi UMMAH