CHIN PENG TIDAK PERNAH MENYESAL – DR. NOVANDRI

338
SHARES
1k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro-PH, Malaysiakini.

Abdul Rahim adalah Ketua Polis Cawangan Khas pada masa Perjanjian Damai Haadyai dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Katanya, syarat-syarat perjanjian itu membolehkan semua pemimpin PKM untuk kembali ke tanah air, termasuk Chin Peng.

https://m.malaysiakini.com/news/501546

Tapi egonya Chin Peng ini apabila beliau enggan balik.

Benar ada perjanjian tersebut tapi Malaysiakini gagal menjelaskan beberapa perkara penting yang berlaku selepas 1989.

Jika kita ‘google.search‘, kita akan tahu jawapannya. Di antaranya:

1. Chin Peng masterminded the attacks during the Emergency from 1948 to 1960, which resulted in about 10,500 deaths. The CPM mounted another insurgency in 1968, that claimed more than 300 lives.

2. Ada laporan yang mengatakan Chin Peng tidak pernah menyatakan kesesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

3. Chin Peng dilaporkan pernah minta maaf tapi jawapannya tidak menunjukkan beliau benar-benar kesal.

‘’I take full responsibility for my comrades’ actions. (But) in war, we cannot differentiate the innocent from the non-innocent,’’ Chin Peng said (November 2009). Kesal ke tu?

4. “Setiap generasi membina impiannya. …Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. …Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.” kata Chin Peng di dalam buku My Side Of Story (2003).

5. Chin Peng juga telah melalui proses undang-undang dan mahkamah untuk cuba masuk balik ke Malaysia tapi gagal. Di antaranya :

i. Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia.

ii. Pada 20 Jun 2008, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Chin Peng perlu kemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

iii. Pada 30 April 2009, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak membenarkan Chin Peng masuk ke Malaysia. Tommy Thomas adalah peguam bela Chin Peng ketika itu.

Apakah kesudahan polemik isu abu ini?

Isu ini akan tenggelam hilang begitu saja ditelan masa dan isu-isu baharu seperti isu-isu lain yang menjatuhkan imej dan maruah regim PH.

Tapi jika ada dan selesai siasatan nanti, apakah kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk tindakan selanjutnya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts