ANWAR SANTUNI WARIS KORBAN SERANGAN HENDAP KOMUNIS GERIK-JELI

67
SHARES
215
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04), berkesempatan menyantuni waris korban serangan hendap komunis sewaktu pembinaan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) pada 1970.

Beliau dimaklumkan banyak nyawa telah terkorban akibat serangan pengganas komunis dan kemalangan sewaktu kerja-kerja pembinaan dilaksanakan. 

Kegalauan sewaktu kerja-kerja pembinaan itu pastinya menimbulkan memori silam pahit yang tercatat dalam sejarah negara hatta memberi kesan kepada waris-waris yang terkorban.

Di kesempatan yang ada, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM1,000 kepada 87 keluarga pekerja JKR yang terlibat dengan pembinaan tersebut sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan.

Semoga pengorbanan semua anggota keselamatan negara yang selama ini bertungkus-lumus memastikan keamanan terus dirasai di negara ini tidak disia-siakan.

Kerajaan juga perlu bertegas dan menghukum mereka yang mahu pengganas komunis di negara ini diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan jelas mereka itu semata-mata pengganas yang membunuh ribuan mangsa yang tidak berdosa.

Jangan beri muka langsung kepada mereka untuk bertapak di negara ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts