SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI DAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI TAMBUN

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi ramah mesra bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Tonggang, Tambun petang tadi. Beliau turut diiringi oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau telah meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink di perkampungan ini dan meminta Menteri Komunikasi dan Digital, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaraskannya dengan segera.

Menurut YAB Perdana Menteri, penggunaan Starlink ini sebagai penyelesaian sementara dan ia akan diselesaikan segera agar penduduk di sini dapat menikmati jaringan internet yang stabil.

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi menambah baik jalan raya ke kampung tersebut yang memerlukan pembaikan segera melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Selain itu YAB Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan RM400,000 untuk pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tanjung, Kampung Tonggang.

Semoga kemudahan dan peruntukan yang diumumkan ini dapat memberikan keselesaan kepada mereka untuk menjalani kehidupan seharian, Insya-Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts