Menurut Reuters, Dr Mahathir masih mahu jadi PM semasa Persidangan APEC pada bulan November 2020.
Dan apabila ditanya sama ada ia pada bulan Disember 2020, beliau kata akan lihat bila tiba masanya.
Mahathir dakwa akan tetap menyerahkan jawatan PM kepada Anwar TETAPI “terpulang kepada rakyat”.
Hanya satu perkara sahaja yang berlaku jika Mahathir kata “terpulang kepada rakyat” iaitu pilihan raya umum. Hanya PRU sahaja tempatnya untuk rakyat memilih.
Anwar dan sekutunya ‘gigit jari’ sekali lagi. Tiada cahaya di hujung lubang dan hampir checkmate.
Anwar tidak boleh buat apa-apa seperti kejadian AJK PKR Pusat dan perwakilan yang boikot konvensyen parti.