JANGAN DERHAKA DENGAN TITAH PERINTAH SULTAN SELANGOR

308
SHARES
431
VIEWS

1. Mutakhir ini negara bukan hanya dikejutkan dengan laporan akhbar bahawa terdapat pihak tertentu membawa pulang abu mayat pengkhianat negara kembali ke tanahair tetapi juga laporan mengenai 300 orang bekas pengkhianat negara menyarung semula pakaian komunis mereka dengan alasan mengenang kembali perjuangan mereka menghancurkan negara dengan membunuh rakyat dan membinasakan harta benda kerajaan dan orang awam.

2. Maka atas kebimbangan inilah maka titah utama Baginda Sultan Selangor merumuskan perkara ini. Berikut adalah antara titah ucapan Baginda Sultan Selangor sempena Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-74:

a) “Melalui fakta sejarah juga kita dapat menghargai pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan negara sama ada pasukan PDRM atau pasukan tentera kita terutamanya ketika negara diancam dengan ancaman Parti Komunis Malaya, (ringkasnya PKM atau ketika itu lebih dikenali dengan panggilan Bintang Tiga) pada sekitar tahun 40an hingga 70an.” …

b) “Begitu ramai pasukan keselamatan kita yang telah terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara kita dari anasir komunis ini. Di samping itu, ramai rakyat negara ini yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain juga turut terkorban akibat serangan pengganas komunis.

Kehidupan rakyat pada ketika itu sentiasa di dalam ketakutan akibat serangan yang dilakukan oleh anggota Parti Komunis Malaya ini. Banyak perkampungan dan balai polis telah di serang, rakyat dan anggota polis dibunuh serta diseksa oleh anggota Parti Komunis Malaya ini.” …

c) “Perjuangan Parti Komunis Malaya ini walaupun dikatakan turut menentang penjajahan, namun perjuangan ideologi mereka bukan berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka berteraskan demokrasi Raja Berperlembagaan. Fakta perjuangan ideologi Parti Komunis Malaya ini merupakan satu fakta sejarah yang perlu rakyat generasi sekarang memahaminya dengan mendalam agar kita tidak terpesong dengan fakta-fakta yang mengelirukan tentang perjuangan mereka.”

3. Selanjutnya dengan tegas Baginda bertitah:

“Beta berharap janganlah hendaknya ada rakyat Beta yang masih terkeliru dengan fakta sejarah yang sebenar berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya ini sehingga mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin mereka.”

4. Justeru, MUAFAKAT menyokong penuh tanpa berbelah bagi bahawa teks ucapan titah perintah Baginda Sultan Selangor di atas ini wajib diambil serius dan menjadi garis panduan oleh semua berkaitan kerajaan dalam menguruskan hal yang berkaitan komunis baik fizikal dan juga ideologi yang dilihat seolah-olah sedang cuba dihidupkan semula orang mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif dengan perasaan majoriti rakyat negara ini.

5. Akhir sekali, MUAFAKAT menyarankan kepada semua agensi kerajaan, patut bertindak lebih tegas dalam menangani ancaman Komunis ini yang jelas tercatat dalam sejarah tanahair bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Komunis adalah haram dan merupakan ancaman nasional. Jangan sesekali bahaya komunis ini dimasukkan dalam rangka Rahmatan Lil Alamin.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts