Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang amat terkenal dan boleh dilihat ketika himpunan atau ceramah berskala besar di peringkat nasional, juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan terutamanya yang melibatkan bencana.
Sebagai sebuah organisasi yang berpengalaman dan tersusun, mereka sering kali menjadi antara pihak terawal membantu mangsa-mangsa di seluruh pelusuk tanahair.
Yang terkini, JAM Selangor hadir menghulurkan bantuan mereka khas buat mangsa banjir di negeri Johor.
Berikut adalah laporan ringkas JAM Selangor ketika membantu mangsa banjir di sana:
Pasukan pertama anggota Jabatan Amal yang membawa misi di bawah Panji Khidmat Malaysia Negeri Selangor, selama 2 hari telah berkhidmat di kawasan yang terlibat dengan banjir di negeri Johor.
Segala sumbangan masyarakat telah kami salurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pasukan penyelamat lain yang turut berada di sana, melalui penyerahan sumbangan barangan keperluan asas yang telah dikumpulkan sebelum ini.
Di samping itu, JAM Selangor juga telah membuka Dapur Rakyat bagi khidmat penyediaan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, dana dan barang keperluan seperti selimut, berus dan ubat gigi, sabun mandi, air kotak atau mineral, biskut dan makanan segera masih diperlukan bagi meringankan beban mangsa yang masih dalam situasi banjir.
Sumbangan barangan tersebut boleh dihantar ke pusat pengumpulan barangan sumbangan mangsa banjir di Sri Gombak, berhadapan Restoran Taqwa atau melalui dana ke akaun Maybank Kebajikan Pemuda Selangor di nombor akaun 564799127469.
Terima kasih.
#Bangkit
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#BerkhidmatUntukKemanusiaan
#BeramalKeranaAllah
Oleh Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi
Khidmat Malaysia Negeri Selangor
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
18 Dis 2019