PROGRAM PERDANA MENTERI BERSAMA MENTERI BESAR KELANTAN DI KOTA BHARU

337
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Masjid At-Taqwa di Mukim Alor Pasir, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah turut bersama Perdana Menteri dalam majlis sumbangan tersebut.

Anwar turut mengucapkan penghargaan buat Ahmad Yakob kerana berusaha berunding dan memudahkan hubungan antara kerajaan negeri serta Persekutuan dalam isu-isu mendesak terutamanya melibatkan isu banjir dan tebatan banjir.

Menurut Anwar, masing-masing boleh berbalah soal politik tetapi tidak boleh sehingga mengorbankan kepentingan rakyat terutamanya di Kelantan.

Berhubung pembangunan Masjid At-Taqwa, sebanyak RM500,000 telah diluluskan setakat ini di bawah Peruntukan Projek-projek Kecil YAB Perdana Menteri Tahun 2023 bagi menampung sebahagian kos untuk pelaksanaan projek ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.76 juta.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts