Pendedahan bahan bukti rakaman secara salah oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM memberi risiko besar dan mencemar integriti dan kedaulatan sistem pengurusan serta pentadbiran agensi utama kerajaan Malaysia kepada negara luar.
Perbuatan tersebut menjadikan agensi SPRM terjejas teruk, kepercayaan rakyat yang ingin melihat proses keadilan berjalan dengan baik dan telus, telah gagal.
Mendedahkan bahan bukti di media dan bukan di mahkamah merupakan satu bentuk hukuman awam tanpa pesalah dibicara dengan adil dan saksama, tanpa pembelaan diri.
Pendedahan bahan bukti yang juga melibatkan pemimpin negara luar kepada umum, menyanggah dasar luar iaitu menghormati dan memelihara keselamatan serta kerahsiaan negara.
Perbuatan ini sangat tidak profesional dan bertanggujawab serta berhemah, juga mengingkari sumpah pelantikan jawatan tertinggi kerajaan di hadapan YDPA bagi menyimpan dan memelihara kerahsiaan, keselamatan juga kehormatan negara.
UMMAH mendesak Perdana Menteri memecat Latheefa Koya kerana telah gagal menjalankan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik bahkan meletakkan negara dalam risiko hilang kepercayaan dan kehormatan negara luar.
Mohd Zai Mustafa
Timbalan Pengerusi UMMAH