Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Ketawa saya apabila baca certot di status Nik Hasyudeen di FB beliau untuk justifikasi penjualan aset Tabung Haji.
Rujuk:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158049832119655&id=682749654
Kononnya bagaimana seorang pemilik rumah terpedaya dengan seorang broker untuk membeli sebuah rumah sewa yang akhirnya kurang laku dan tidak dapat cover ansuran bulanan bank.
Certot ini tidak berapa tepat untuk gambarkan masalah Tabung Haji.
Pertama, mana ada orang yang rugi beli rumah kemudian jual balik pakai kertas hutang?
Orang jual kemudian dapat tunai.
Siapa pula yang cerdik sangat buat pindah milik kemudian berbangga dapat kertas hutang yang boleh ditebus selepas 7 tahun.
7 tahun itu entah dapat ke tidak duit tersebut.
Kedua, ‘rumah’ Tabung Haji bukan tidak laku. Malahan kebanyakan ekuiti Tabung Haji memberikan pulangan yang sangat kompetitif.
Contohnya pada 2017, Malakoff memberikan dividen 7.03%, Pintaras 8.55% dan Hap Seng 4.57%.
Kesemua ini adalah lebih tinggi daripada dividen asas TH kepada pendeposit pada tahun berkenaan (4.5%).
Jadi di mana kerugian? Kerugian yang berlaku adalah rosot nilai saham yang majoritinya terjadi selepas PRU-14.
Takkan CEO tidak tahu dalam tempoh kira-kira 9 bulan selepas kemenangan PH, 20 syarikat utama yang mana TH mempunyai pegangan saham signifikan telah mengalami rosot nilai RM2.74 bilion – cukup untuk menampung subsidi haji selama 7 tahun?
Malahan dalam 5 hari selepas Menteri Agama mengeluarkan kenyataan gopoh berkenaan pindahan aset TH kepada SPV, nilai 10 syarikat pegangan TH telah mengalami rosot nilai RM607 juta.
5 hari sahaja.
Jadi cerita CEO ini kurang tepat.
Yang tepat begini:
Jamil membeli sebuah rumah di Balok, Kuantan. Rumahnya dibeli dengan harga RM100 ribu dan disewa pada kadar RM600 sebulan.
Selepas 6 bulan, ada penyokong parti bodoh bagitahu Lynas yang dibina disitu amat berbahaya.
Jadi nilaian rumah Jamil telah jatuh kepada RM50 ribu sahaja. Tetapi walaupun nilai rumahnya jatuh, Jamil tetap memperoleh RM600 sebulan sewaan tersebut.
Apabila Jamil meninggal dunia, anaknya bernama Mauja mendapat rumah pusaka tersebut.
Ketika itu isu Lynas telah tamat kerana kerajaan baru berpendapat kilang itu tidak lagi berbahaya, jadi rumah di kawasan tersebut naik semula nilainya kepada RM120 ribu.
Tetapi disebabkan Mauja ini perangai ‘tidak semenggah’, dia tidak jaga rumah tersebut sebaliknya suka melepak di kedai kopi.
Akhirnya rumah tersebut banyak rosak, kotor dan buruk. Nilai rumah jatuh kepada RM80 ribu.
Mauja kemudian berfikir, rugi dan bodoh dapat RM600 sebulan sahaja sewa, lebih baik dijual.
Akhirnya Mauja menjual rumah tersebut kepada sahabatnya Ahmad Lim Khalifah dengan harga RM120 ribu.
Tetapi Ahmad Lim tidak mahu bayar tunai atau buat pinjaman bank.
Sebaliknya dia membuat perjanjian untuk membayar Mauja RM120 ribu secara tunai selepas 7 tahun.
Maujapun mencanangkan kepada orang kampung kerana beliau berjaya menjual rumahnya dengan mahal sedangkan beliau hilang sewaan RM600 sebulan dan bayaran tunai itu entah dapat ke tidak.
Sementara itu, kelihatan tanah kubur bapanya Jamil berasap…
Dipetik dari laman Facebook beliau di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3035805383136131&id=100001200986490