Rakyat mahukan Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 dalam waktu terdekat ini.
Rakyat mahukan Tol PLUS dihapuskan terus seperti apa yang telah dijanjikan, tetapi yang rakyat dapat adalah tempoh konsesi tol dipanjangkan sehingga 20 tahun lagi.
Rakyat tidak mahu diskaun Tol PLUS, rakyat mahu agar tol dihapuskan terus supaya kos sara hidup rakyat menurun, apabila kos pengangkutan barangan keperluan juga turun.
Adakah dengan diskaun 18 peratus melalui Tol PLUS ini, barangan keperluan untuk rakyat seperti minyak masak, garam, bawang, ikan dan ayam juga akan turun 18 peratus?
KENAPA MAHATHIR TIDAK MAHU BUBAR PARLIMEN?
Malam semalam di Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Mahathir tidak mahu bubar Parlimen.
Kenapa?
Kerana sekiranya Parlimen dibubarkan, maka tamatlah karier Mahathir sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.
Mahathir masih belum lagi mahu berhenti menjadi Perdana Menteri.
Mahathir mahu mengejar rekod dunia yang kedua iaitu menjadi host buat kali kedua di Persidangan APEC 2020, di Malaysia.
The only Prime Minister or President in the world to host APEC Meeting twice.
TUNGGU DISEMBER 2020:
Sama ada Mahathir serah kepada Anwar atau tidak, tunggu bulan Disember ini.
APA YANG RAKYAT MAHUKAN?
Jangan serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Tetapi serah kepada rakyat.
BUBAR PARLIMEN DISEMBER INI.
Rakyat menunggu.
Salam.
DSBA