KEPULANGAN 77 RIBU ‘RAKYAT MALAYSIA’ DARI WUHAN BERSAMA JHO LOW DINANTI

166
SHARES
531
VIEWS

Oleh Zamzuri Mohamed Tahir

Minggu lepas, Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan tentang kepulangan 77 ribu ‘rakyat Malaysia’ dari Wuhan pada hari ini. Seharian saya menanti sebarang perkembangan dilaporkan media atau mana-mana pihak berkuasa.

Setakat ini saya tidak tahu apakah mereka telah selamat tiba ke tanahair atau sebaliknya. Jika ada laporan media atau pihak berkuasa, boleh juga kita sama-sama pastikan sama ada 77 ribu orang itu benar-benar rakyat Malaysia atau sebaliknya. Mungkin semua pihak sibuk dengan pelbagai kisah dan spekulasi politik terkini.

Sekiranya unit-unit khas PDRM seperti STAFOC (jenayah terancang), STING (narkotik) dan STAGG (gangster) tidak ditutup, saya percaya ‘breaking news‘ yang boleh dikaitkan dengan 77 ribu ‘rakyat Malaysia’ tersebut akan menarik perhatian wartawan dan rakyat Malaysia.

Sama-sama kita nantikan kepulangan 77 ribu ‘rakyat Malaysia’ dari Wuhan tersebut bersama seorang ahli perniagaan terkenal bernama Jho Low.

Harap Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dapat melaksanakan tugas ini dengan cemerlang dalam masa terdekat.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3289934814357229&id=100000222294669

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts