BRADLEY HOPE PERCAYA JHO LOW DI SHANGHAI, BUKAN MACAU

336
SHARES
2k
VIEWS

Penulis bersama buku Billion Dollar Whale Bradley Hope, percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kini berada di Shanghai. Beliau yang membuat ciapan di laman Twitter percaya Jho Low kini dalam tahanan rumah di wilayah tersebut, susulan rundingan pihak berkuasa China dan Malaysia.

Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan Najib pada pilihan raya, pergerakannya lebih terhad di tanah besar. Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai.

Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip telah ditangkap dan rakan niaga di CCCC digulingkan. Dia berubah daripada aset risikan menjadi liabiliti selepas Najib diundi keluar.”

Pandangan Hope ini bagaimanapun bertentangan dengan kenyataan SPRM yang berkata mereka percaya Jho Low kini bersembunyi di Macau, melalui pengesahan oleh beberapa individu yang pernah melihat penjenayah dikehendaki itu di sana.

Kesimpulannya, di manapun Jho Low berada tidaklah begitu penting berbanding keutamaan membawa pulang beliau ke negara ini untuk didakwa di mahkamah. Tentu banyak yang akan terdedah kelak malah beberapa individu yang sebelum ini disangka ‘suci’ seperti Zeti Azizpun rupa-rupanya mengenali Jho Low sejak belajar di luar negara. Lebih mengejutkan, keluarga Zeti sendiri pernah menerima beratus juta dari penjenayah dikehendaki itu, maka tentu lebih banyak konspirasi yang terdedah sekiranya Jho Low berjaya dibawa pulang.

Atau, masih wujudkah konspirasi tertinggi untuk ‘mengekalkan’ beliau di luar negara seperti di zaman Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, agar Najib kekal dipenjarakan? Apapun bagi para penganiaya yang terlibat, di dunia ini anda mungkin boleh terlepas, namun di akhirat kelak pasti dan pasti anda akan menerima balasan sekeras-kerasnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts