PMX PERLU SEGERA BETULKAN KEZALIMAN, KEPINCANGAN KERAJAAN SEBELUMNYA

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Terdapat banyak desakan agar bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dibicarakan semula atau diberi pengampunan Diraja atas semua dakwaan terhadapnya sebelum ini. 

Realitinya, kerajaan semasa perlu meneliti kembali kesemua kes-kes Najib yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, kemudian diteruskan oleh Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin, melalui peguam peribadinya Rosli Dahalan kerana wujud terlalu banyak keraguan. Malah terdapat dakwaan bahawa peguam Mahiaddin itu juga memperoleh jutaan ringgit daripada SRC dan 1MDB sebelum ini.

Kes-kes mengarut ini yang dimulakan Muhyiddin melalui peguam peribadinya Rosli Dahlan patut dibuang secepat mungkin. Tidak beri sebarang manfaat pada kerajaan jikapun menang.” 

Ia adalah salah guna kuasa dan dana kerajaan masa Muhyiddin yang direka untuk menyusahkan Najib dan menguntungkan peguam peribadi dia (Rosli Dahalan)“.

Ya, saya sudah diberitahu berapa juta Ringgit yang dibayar oleh SRC dan 1MDB kepada firma peguam peribadi Muhyiddin. Harap ada Ahli Parlimen yang akan tanya dalam Dewan Rakyat nanti” – seperti yang dikatakan oleh netizen dan mendapat sambutan ramai yang mahu keadilan ditegakkan.

Rujuk pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02BSyRLZ6tpE9NhN9uYXo89dgyn81j5U6tX1rfZUPHd7HGs6ntH5xUkyHv4hjH3xBgl&id=100088296976751&mibextid=Nif5oz

Kesimpulannya, jika benar kerajaan ketika ini mahu melakukan reformasi institusi dan menegakkan kebenaran, sekaligus membetulkan kepincangan kerajaan sebelumnya, maka mulakanlah dengan kes-kes dan pertuduhan terhadap Dato’ Seri Najib, yang mengandungi terlalu banyak keraguan dan tidak lagi boleh diabaikan.

Malah amat mendukacitakan kerana di sebalik pelbagai teknologi terkini termasuk melibatkan sistem penjejakan, saksi utamanya iaitu Jho Low dan Nik Faisal masih gagal ditemui dan dibawa pulang oleh pihak berkuasa. YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersegera membetulkan kepincangan dan kezaliman yang berlaku, insya-Allah kerajaannya akan beroleh keberkatan jika beliau berani menegakkan kebenaran dan membela mereka yang dizalimi tanpa mengira statusnya.

Semoga Allah Taala terus melindungi dan memelihara negara ini daripada “tangan-tangan ghaib” yang selama ini mencengkam dan menguasai sistem perundangan dan kehakiman, sekaligus menjadikan Malaysia benar-benar bebas dan diperintah oleh pemimpin yang adil dan saksama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts