KENAPAKAH NAJIB TERUS DIZALIMI?

347
SHARES
2k
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempertikai kenapakah 1MDB meneruskan saman terhadap bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sedangkan mereka sudah mendapat kembali aset bernilai RM41.6 bilion.

Pelik juga bila 1MDB meneruskan saman sivil dan menuntut gantirugi USD 8B dari Najib. Sedangkan 1MDB dapat balik asetnya RM41.6 Bilion (Jawapan MOF di Parlimen).”

Saman ini dimulakan masa Muhyiddin jadi PM tahun 2020. Kini saman itu diteruskan juga seperti mana afidavit yang dikemukakan di Mahkamah pada 23 Mei 2023.

Beliau juga mempertikai kenapakah dana RM114 juta yang diarah oleh Mahkamah Tinggi agar dipulangkan kepada akaun Najib dimasukkan juga dalam saman ini.

Tetapi hairan kenapa dana RM114 Juta yang Mahkamah Tinggi putuskan dipulangkan kepada akaun Najib kerana ia milik UMNO dimasukkan juga dalam saman ini.”

Jangan lupa tahun 2017 sudah ada perjanjian penyelesaian 1MDB-IPIC untuk dapatkan balik dana 1MDB. Najib empat kali bangkitkan isu ini.

Menurutnya, walaupun sudah ada penyelesaian namun Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad dan Peguam Negara membatalkannya demi mencemarkan Najib namun kini diteruskan.

Tetapi Tun Mahathir dan Tommy Thomas batalkan perjanjian itu agar naratif wang 1MDB ‘hilang’ boleh terus dieksploitasi untuk cemarkan Najib.”

Akhirnya penyelesaian 1MDB-IPIC diteruskan. MOF umum IPIC-Aabar PJS telah bayar AS$1.8B kepada MKD dan 1MDB. PMX anggap ia kejayaan besar.”

Justeru, Puad mempertikai kenapakah Najib terus dizalimi sehingga kini? Beliau juga mendakwa ada individu tertentu yang turut disaman namun kini nama mereka sudah ‘hilang’ dari senarai.

Tetapi kenapa Najib terus dizalimi. 1MDB di bawah MOF. Apa yang mencurigakan ada nama yang turut disaman tetapi nama mereka sudah hilang dari senarai.”

Kesimpulannya, rakyat hanya boleh mendesak dan bersuara namun hanya mereka yang memegang kuasa boleh membetulkan segala kepincangan yang berlaku di zaman Tun Mahathir-Pakatan Harapan dan Mahiaddin-Perikatan Nasional.

Tepuk dada tanyalah selera.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts