KEMARAHAN MAHATHIR TERHADAP UMNO TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI

1.8k
SHARES
4k
VIEWS

Dalam ucapan beliau petang tadi, Mahathir tidak dapat menyembunyikan perasaanya lagi. Kemarahannya cuba dikawal dengan menggunakan ayat-ayat ‘cliche’. Demi rakyat, demi negara, cuba berbuat baik dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya satu kemarahan Mahathir pasca 21 Feb 2020 adalah:

Kemarahannya terhadap UMNO

Semenjak Mei 2018, Mahathir mencuba dengan gigih untuk melenyapkan UMNO. Apa saja yang tidak dibuat? Membekukan aset UMNO, membuat dakwaan terpilih kepada pemimpin utama UMNO, cubaan mencatur pemilihan UMNO dan macam-macam lagi. Namun segala usaha Mahathir melenyapkan UMNO menemui jalan buntu.

Kejayaan beberapa PRK yang disertai UMNO selain kecaman hebat terhadap kerajaan Pakatan Harapan benar-benar meresahkan Mahathir.

Sejurus itu Mahathir membuat strategi “if you cannot beat them, join them“. Namun demi menjaga air mukanya, semuanya harus kelihatan seolah-olah UMNO yang terhegeh-hegeh mencari. UMNO harus berada di bawah jajahan takluk Mahathir bagi memudahkan beliau mengawal UMNO. Di saat UMNO dan BN berpakat dengan PAS melalui Muafakat Nasional, Mahathir tidak boleh menunggu lagi. Cubaan Mahathir memecahkan Muafakat Nasional juga gagal.

Di saat Mahathir diserang bertubi-tubi oleh kumpulan Anwar dan DAP, Mahathir mendapat sokongan Muafakat Nasional bagi mempertahankan beliau.

Setelah nampak seperti boleh ‘makan’ dan berbekalkan sedikit kekuatan dari UMNO, BN dan PAS (Muafakat Nasional), Mahathir melancarkan serangannya terhadap kumpulan Anwar.

Nampak meyakinkan pada mulanya, namun sekarang ini dah terbelit-belit pula. UMNO seawal semalam telah menarik sokongan kepada Mahathir.

Ini membuka jalan Anwar dan sekutunya DAP dan PAN cuba untuk menjatuhkan Mahathir. Janji 23 Februari 2020 (setelah Mahathir letak jawatan) yang PKR, DAP dan PAN mahukan Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri telah dimungkiri. Mahathir dilihat tersepit.

Mahathir kembali dengan taktik biasa. Cuba meraih simpati. Perdana Menteri interim telah menyalah guna kuasa mengerahkan siaran langsung ucapannya ke seluruh negara petang tadi.

Bahasa tubuh tidak berbohong. Di sebalik cubaan berlakon sedih dan menarik simpati, UMNO tidak dilupakan. Kononnya kerana UMNO beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri sedangkan UMNO dan Muafakat Nasional secara terang-terang menyokong Mahathir secara bersyarat.

Syaratnya amat mudah. DAP tidak perlu ada dalam pembentukan kerajaan baharu selepas kerajaan PH tumbang. JELAS!!

Jika Mahathir tetap mahukan ia berlaku seperti caranya (my way), UMNO-PAS dan Muafakat Nasional mengalu-alukan namun tidak mahu terlibat lalu menarik sokongan. Mahathir boleh teruskan jika mendapat sokongan penuh dari parti-parti lain.

Syabas UMNO, PAS dan Muafakat Nasional kerana berpegang kepada prinsip. Mereka cuba membantu tetapi yang mahu dibantu pula menunjukkan kesombongan. Merasakan dirinya maha besar dalam negara sehingga mahu mewujudkan kerajaan mengikut citarasanya sendiri.

Atas kertas, Mahathir dilihat kehilangan sokongan dari pihak Muafakat Nasional dan Pakatan Harapan. Justeru itu, tidak hairanlah beliau mencuba untuk wujudkan kerajaan merentasi batas parti politik. Percayalah, jika Mahathir punya sokongan serta dokongan kuat dari parti politik, beliau tidak akan melakukan ini.

Begitulah Mahathir. Kita percaya beliau tetap berusaha keras merealisasikan impiannya itu. Bukan demi negara, bukan demi agama dan bangsa. Semuanya hanyalah demi memenuhi hawa nafsunya yang mahu semua patuh dan tunduk kepadanya. Akhirnya demi satu tujuan, iaitu KUASA…..

Tahniah UMNO, PAS, MCA, MIC, PBRS dan Muafakat Nasional kerana berpendirian teguh menolak Mahathir atau Anwar. Ini memungkinkan pilihan kembali ke tangan rakyat yang mahukan perubahan segera melalui pilihan raya….

Oleh Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts