ADAKAH MAHATHIR SEDANG MENGGUNAKAN PH SEBAGAI BATU LONCATAN BELIAU?

235
SHARES
758
VIEWS

Pakatan Harapan sudah u-turn. Konon kembali menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Setakat malam ini, mereka mendakwa telah memperolehi 114 orang Ahli Parlimen menyokong mereka.

Jangan lupa strategi “if you cannot beat them, then join them“. Saya rasa Mahathir mengguna pakai strategi ini bagi mendapatkan sesuatu.

Semua ahli Pakatan Harapan seronok bila Mahathir mengetuai mereka dan mendapatkan pengakuan bersumpah 114 orang Ahli Parlimen seperti yang didakwa. Namun tiada yang terfikirkah Mahathir boleh menjual angka 114 itu bagi mendapatkan sesuatu?

Dengan impian kembali menjadi PM semakin pudar, banyak perkara yang perlu selamatkan oleh Mahathir. Dengan menunjukkan angka 114 itu, Mahathir boleh menghantar isyarat boleh berunding dengan kerajaan baru yang bakal dibentuk. Sekurang-kurangnya untuk Mukriz.

Harapan Mahathir, biarpun kali ini beliau terlepas jawatan PM, anaknya mesti diselamatkan. Inilah kemahuan Mahathir sekian lama. Pak Lah menjadi mangsa Mahathir kerana tidak membantu Mukriz memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Najib menjadi mangsa kerana tidak membantu Mukriz memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.

Terperangkap dalam jeratnya sendiri, Mahathir kini lebih mahu menyelamatkan Mukriz. Mungkin dengan angka 114 itu, Mahathir mahukan sesuatu yang selesa buat Mukriz. Tahu sajalah Mahathir, bila berunding, tetap saja mahukan kemenangan. Beliau benci kepada kekalahan. Mungkin jawatan menteri buat Mukriz?

Jika Mahathir sudah ‘terbelit’ seperti ini, apa lagi yang beliau boleh lakukan. Strateginya kini menggunakan PH untuk kembali ke pangkuan arus perdana. Orang cerdik seperti Mahathir yang kelemasan, akan cuba berpaut kepada sesuatu yang kukuh.

Tidak mustahil akhirnya cerita buaya makan katak akan berulang. Katak yang sangat terdesak mahu menyeberang sungai demi mengejar kuasa, menerima pelawaan dari sang buaya. Akhirnya katak mati kecewa kerana dimakan buaya sebelum sampai ke seberang sungai.

Anwar dah kena dengan Mahathir, kini PH pula. Demi kuasa, sanggup menjilat segala ludah mereka terhadap Tun Mahathir. Keluar masuk parti perkara biasa bagi Mahathir. Yang penting adalah melepaskan tengkuk sendiri yang terbelit ketika ini… 

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts