ADAKAH MAT SABU KATA MUJAHID DAN KHALID SAMAD JUGA SEBAGAI ‘PELACUR’?

4.4k
SHARES
13.5k
VIEWS

Dalam satu video ceramah Pakatan Harapan yang ditularkan, kelihatan Presiden Amanah Mat Sabu yang telah kehilangan jawatan sebagai Menteri Pertahanan sekelip mata selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri ketujuh, membuat kenyataan yang tidak sepatutnya kerana berada dalam keadaan marah.

Mat Sabu mengatakan “Bila wakil rakyat boleh dijual beli macam PELACUR, tidak ada maruah, tidak ada dignity, boleh melompat ke parti ini, ke parti ini, tanpa mengambil (mempedulikan) mandat rakyat“.

Mat Sabu dan rakan-rakan pimpinan Amanahnya sudah mula menggunakan kata-kata kesat termasuk Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah memprovokasi rakyat dengan menyalahkan Yang Di-Pertuan Agong, apabila terkejut kehilangan jawatan masing-masing.

Meraka tahu, tanpa cara politik mereka yang menyokong penuh DAP, mereka tidak mungkin akan naik kerana tidak layak dan malah kelayakan akademik dan mentadbir masing-masing juga boleh dipertikai.

Justeru itu mereka bermati-matian menyalahkan pihak lain tanpa sedar Mat Sabu sendiri telah menuduh rakan-rakan Ahli Parlimennya sendiri seperti Khalid dan Mujahid sebagai PELACUR.

Ini kerana pada pilihan raya umum 2013, mereka berdua menang atas tiket parti PAS tetapi kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) yang lebih dikenali sebagai Amanah dan bersekongkol dengan DAP.

Jika dinilai mengikut logik Mat Sabu ini, maka kedua-dua mereka juga adalah “Wakil Rakyat yang boleh dijual beli macam PELACUR”.

Pemimpin-pemimpin Amanah yang kerap disindir netizen sebagai ‘meroyan’ ini berlumba-lumba menyalahkan pihak lain sebagai khianat dan bermacam-macam tuduhan lain sedangkan mereka sendiri adalah pengkhianat sebenar. 

Mereka bukan sahaja telah mengkhianati mandat rakyat, malah mandat pengundi mereka sendiri dikhianati apabila bersekongkol dengan DAP yang berleluasa menambah hutang negara, menjual aset-aset strategik dan entiti perniagaan dan pelaburan negara termasuk Tabung Haji.

Ketika berkuasa mereka membelakangkan rakyat tetapi apabila tumbang dan tidak berkuasa, mereka kembali ke jalanan mengheret rakyat untuk menumbangkan kerajaan.

Mereka ini yang sebenarnya ‘melacurkan’ demokrasi demi mencapai matlamat diri sendiri.

Lihat video di pautan:

https://youtu.be/If0NBoKefBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts