“SELAMATKAN MALAYSIA” HANYA SEKADAR SLOGAN BAGI DAP

665
SHARES
2.1k
VIEWS

Sejak 60an lagi parti yang bersifat perkauman seperti DAP telah gunakan slogan “Selamatkan Malaysia” namun ia hanya sekadar slogan, dan tidak lebih dari itu.

“Selamatkan Malaysia” ibaratnya hanya seperti iklan mi segera Maggi yang menggunakan ayat “Mi Maggi, cepat dimasak, sedap dimakan” dan juga iklan KFC yang menggunakan ayat “it’s finger lickin’ good” tanpa membawa erti lebih daripada itu.

Kenyataan di atas digunakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui laman Facebook beliau, bagi menyindir Mahfuz Omar yang mengatakan “Tun Mahathir kembali bersama Pakatan Harapan untuk selamatkan negara”. 

Slogan klise ini juga dipertikai oleh Datuk Seri Najib kerana menunjukkan seolah-olah hanya DAP sahaja yang layak menyelamatkan negara dan pihak lain tidak layak. 

Kebelakangan ini parti Amanah yang kerap dikatakan oleh masyarakat sebagai ‘barua DAP’ kerana selalu bertindak menjadi ‘juara’ bagi parti chauvinis tersebut, semakin kerap mengeluarkan  kenyataan yang disifatkan oleh netizen sebagai ‘meroyan’.

Ramai menyindir sebegitu kerana meluat melihatkan perlakuan pemimpin-pemimpin Amanah yang telah kehilangan jawatan seperti Mat Sabu, Mujahid, Khalid Samad serta Mahfuz sendiri semakin kerap membuat kenyataan-kenyataan yang dilihat seperti tidak mampu menerima hakikat mereka telah kehilangan jawatan.

Pemimpin-pemimpin AMANAH ini sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana semasa berada dalam kerajaan, mereka selalu bersikap bongkak serta kerap membelakangkan rakyat dalam segenap perkara.

Hari ini apabila telah tumbang, mereka kembali mencari rakyat dan menyalahkan kerajaan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts