KABINET DILANTIK OLEH MUHYIDDIN, JANGAN SALAHKAN ZAHID

702
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Ab Jalil Backer

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini dijangka menjadi medan mengkritik Presiden kerana pembentukan kabinet yang tidak ‘favour’ UMNO. Ada juga yang menjadikan pelantikan Azmin Ali dalam kabinet sebagai isu untuk menghentam kegagalan BN atau kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kerjasama kerajaan ini.

Kecaman ini tidak sepatutnya ditujukan kepada Presiden UMNO kerana bukan beliau yang menentukan ahli kabinet. Azmin juga dilantik kerana sehingga hari ini tiada pendakwaan ke atas beliau. PDRM pula menyatakan siasatan masih belum konklusif.

Dalam masa yang sama TS Muhyiddin mengambil pendekatan kabinet balas jasa kepada pasukan-pasukan yang membantu beliau menjadi Perdana Menteri. Jadi jika ada ahli MT bercadang untuk menyalahkan Presiden dalam mesyuarat hari ini perlu berfikir sejenak:

1. Kerajaan ini ditubuhkan setelah YDP Agong tidak memperkenan usul UMNO dan PAS supaya dibubarkan Parlimen. Penolakan ini mudah difahami kerana ia tidak mempunyai sokongan kuat dan keadaan semasa (akibat Covid-19) tidak mengizinkan satu pilihan raya mengejut secara meluas diadakan.

2. UMNO adalah pihak terakhir dalam pembentukan kerajaan ini. Ia sama ada memilih Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin.

3. UMNO sukar untuk menolak isyarat Istana agar membantu membentuk sebuah kerajaan yang stabil buat sementara waktu. Jadi dalam keadaan ini UMNO membantu mewujudkan Kerajaan Muhyiddin Yassin. Hanya masa menentukan sama ada kerajaan ini boleh berkekalan atau tidak.

Kabinet yang diumumkan dipilih oleh Perdana Menteri bukannya Ahmad Zahid jadi tidak masuk akal jika ada ahli MT hendak menyalahkan Zahid. Zahid sendiri tidak boleh mengkritik pelantikan ini kerana ia memberi imej tidak baik pada mata rakyat.

UMNO tidak boleh dilihat rakus, ego dan sombong dalam pembentukan kerajaan ini kerana rakyat sudah bosan dengan pergaduhan politik partisan. Jika kita terus berbalah dan mempertikaikan lantikan yang dibuat, rakyat akan melihat kita sebagai parti yang tidak ikhlas kepada perjuangan.

Apa yang boleh MT UMNO buat ialah bertenang dan hanya mengkritik apabila polisi kerajaan tidak menguntungkan rakyat. Kita sebahagian kerajaan bukan bermakna ini kerajaan kita. Maka guna peluang ini sebaik mungkin menarik semula sokongan rakyat melalui kerja semak dan imbang terhadap keputusan kerajaan.

Dalam PRU lepas kita parti besar, pegang semua kementerian utama, akhirnya rakyat humban kita. Jikalah semua MT UMNO boleh berfikir lebih jauh sedikit dari soal ego konon kita parti besar tetapi dapat kerusi kurang dan tidak penting.

Ingatlah yang penting untuk menarik hati rakyat menyokong kita dalam pilihan raya akan datang, bukan menang sorak hari ini. Kita tidak boleh memenangi hati rakyat dengan berbalah mengenai jawatan dan kuasa.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts