MUHAJID: PUSAT TAHFIZ JANGAN BERBUAT SESUKA HATI

98
SHARES
317
VIEWS

Sewajarnya seluruh pusat tahfiz, madrasah dan pengajian pondok diselaraskan walaupun masing-masing mempunyai modul tersendiri namun jangan dibenarnya mereka terasing terutamanya membabitkan isu keselamatan.

Kita tidak mahu insiden kebakaran akibat perbuatan khianat di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang meragut 24 nyawa yang tidak berdosa pada September tahun lepas berulang kembali.

Pihak kerajaan dan pengetua ataupun mudir setiap madrasah, pusat tahfiz serta pondok ini wajar bertentang mata dan bertukar-tukar pandangan mengenai halatuju pusat pengajian masing-masing kerana tidak semua madrasah menawarkan pendidikan kemahiran kerana fungsi pusat itu sendiri hanyalah mengajarkan Al-Quran dan terpulang selepas menamatkan pengajian tahfiz sama ada mereka ingin meneruskan pengajian agama di bidang yang lain ataupun bekerja.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, pengendali pusat agama tidak boleh sewenang-wenangnya beroperasi tanpa menitikberatkan mengenai keselamatan, kurikulum dan masa depan pelajar-pelajarnya.

“Para pengendali maahad tahfiz janganlah main buat suka-suka hati, sedangkan soal keselamatan, kurikulum tidak diambil berat.”

“Perkara itu (pusat tahfiz) bermanfaat kepada umat Islam. Oleh itu apa yang patut dibuat khususnya oleh Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama ialah memperbaiki dari sudut kawal selia. Kawal selia itu maksudnya sekolah tahfiz ini perlu berdaftar dan tidak boleh dibuat secara terasing daripada sistem pendidikan yang ditetapkan,” menurut beliau bagaimana pusat tahfiz boleh ditambahbaik dan dikawal selia.

“Apabila dia berdaftar, kita bertanggjungjawab untuk memastikan perjalanannya, kawal selia, keselamatan dan lebih penting ialah masa depan anak-anak itu,” tambah beliau lagi.

Mengulas lanjut, Datuk Dr. Mujahid berkata, maahad tahfiz juga akan dirangka dengan dasar progresif dari segi imej dan penghasilkan pelajar mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts