ANWAR UCAP TAHNIAH KEPADA JOHAN TILAWAH AL-QURAN, MUHAMMAD QAYYIM

337
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Qari Malaysia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dalam majlis tilawah tersebut yang diadakan malam tadi, yang turut dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.”

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.”

YAB Perdana Menteri juga berharap semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah ia dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung di dalamnya, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts