PENULARAN VIRUS COVID-19: SALAH SIAPA SEBENARNYA?

196
SHARES
631
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Memang pahit bila kita terpaksa menerima hakikat kronologi penularan Covid-19. Tapi masih ada lagi pihak yang menafikannya sehingga ke saat ini.

Harap penjelasan di bawah akan menjawab persoalan tersebut.

Pada 30 Januari 2020, WHO mengumumkan wabak novel coronavirus itu sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Selain daripada negara China, ketika itu sudah terdapat kes di 18 negara dan transmisi manusia ke manusia di 3 negara di luar China.

Pada masa itu, WHO sudah menasihatkan semua negara supaya mulai membendung novel coronavirus itu, termasuk pengesanan awal, isolasi, pengurusan kes dan pencegahan penularan. Setiap negara harus memberi penekanan khusus untuk mengurangkan jangkitan manusia, pencegahan transmisi manusia ke manusia dan penyebaran ke negara-negara lain. (1)

Pada 12 Februari 2020, Dr Takeshi Kasai, Pengarah WHO bagi Rantau Asia Pasifik Barat, termasuk Malaysia pula telah memberi amaran bahwa wabak ini berada “di persimpangan yang kritikal” kerana sudah ada kes positif virus yang tiada kaitan dengan negara China dan wabak ini boleh menular dengan lebih luas.(2)

Beliau juga telah menyarankan langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, basuh tangan dan menangguhkan perhimpunan orang ramai, jika perlu, untuk mengurangkan peluang penyebaran virus itu.

Jika ketika itu ketua negara dan ketua kesihatan negara ambil serius dan akur dengan saranan WHO dan Dr Takeshi Kasai, mereka akan segera mengenakan langkah-kangkah pencegahan yang paling asas seperti penjarakan sosial, kebersihan diri dan mensasarkan negara yang perlu dijauhi.

Malangnya, ada kerajaan negara yang gagal mengikut saranan awal WHO ini. Mereka menganggap wabak Covid-19 itu adalah perkara kecil, terkawal dan tidak akan menyusahkan negara mereka.

Maka berlaku penularan wabak itu disebabkan oleh transmisi manusia ke manusia atau ketika perhimpunan yang melibatkan ramai orang.

Lebih malang lagi apabila pihak yang menilai saranan WHO dari segi kesihatan dan menasihatkan kerajaan ketika itu, enggan mengaku kesilapan mereka. Sebaliknya, mereka menuding jari kepada pihak lain serta memberi alasan yang membuka pekung mereka sendiri.

Dr Michael Joseph Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO yang mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk pengekangan dan rawatan antarabangsa COVID-19 pernah menjelaskan satu perkara yang sangat penting iaitu “the greatest error is not to move” dan “have to react quickly”. 

Memang malang apabila ada yang tidak bertindak lebih awal tapi segalanya sudah terjadi. Mengaku sajalah kesilapan itu!

Sekarang kita harapkan segala langkah-langkah pencegahan dan ubat -ubatan akan memberi kesan yang positif. Sama-samalah kita berdoa meminta perlindungan serta mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Rujukan:

(1) https://www.who.int/news-room/detail/30-01-2020-statement-on-the-second-meeting-of-the-international-health-regulations-(2005)-emergency-committee-regarding-the-outbreak-of-novel-coronavirus-(2019-ncov)

(2) https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/12/covid-19-in-malaysia-be-prepared-for-wider-spread-warns-who

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts