BEZA PANDANGAN BANK DUNIA DAN RAJA FORMULA RAFIZI -SHAHRIR SAMAD

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Shahrir Samad menyindir sambil membandingkan pencapaian antara kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membandingkan, di bawah Najib, pada tahun 2017 Bank Dunia sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia bakal mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal tahun 2020.

Walaupun ketika itu Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Tan Sri Mahiaddin Yasin dan Rafizi sedang rancak asyik menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN dengan pelbagai tohmahan dan fitnah termasuk kleptokrat, perompak dan penyamun.

Manakala ‘pakar formula’ dan audit forensik Pakatan Harapan, Rafizi pula berkata pada bulan Februari 2023, bahawa Malaysia bakal menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2026. Jauh berbeza dengan pandangan Bank Dunia. Namun tiga bulan kemudian, Rafizi mengubah dan menangguh ‘kejayaan’ itu ke tahun 2028. Menurut Shahrir, mungkin Rafizi mengubah tarikh tersebut “sempena PRU-16”.

Kata Shahrir lagi, “2020 dari pendapat pakar Bank Dunia. 2028 ikut formula pakar ekonomi Kerajaan Perpaduan.” 

Agaknya sukar nak betulkan kesilapan Tun Mahathir, Lim Guan Eng, Azmin Ali walaupun oleh Anwar dan Rafizi.”

Malah rakyat sendiri boleh melihat kejayaan dan pencapaian pada zaman Najib berbanding empat Perdana Menteri selepasnya yang masih bergelut menangani masalah kestabilan, politik, kemelut ekonomi dan pelaburan, kenaikan kos barangan yang menyukarkan hidup rakyat serta pelbagai lagi isu dalam negara.

Setuju ataupun tidak, hakikatnya inilah realiti yang berlaku.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts