TARIKH BUBAR BERBEZA SETIAP NEGERI, TETAPI NARATIF TETAP SAMA

80
SHARES
258
VIEWS

Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri dijangka akan dibubarkan serentak pada bulan Jun, cuma tarikhnya  berbeza mengikut pertimbangan negeri masing-masing. Ada negeri membubarkan DUN mereka seawal dua minggu pertama dan ada yang membuat keputusan bubar pada akhir Jun seperti Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun, DUN akan dibubarkan pada minggu keempat Jun atau selewat-lewatnya pada 1 Julai. Pembubaran tersebut juga telah dimaklumkan kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.

Keputusan bagi pembubaran DUN ini juga telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama Menteri Besar Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini.

Jika melihat kepada senario terkini, selain isu konsert Coldplay dan kerajaan madani yang dilihat ‘perlahan’, sekiranya kerajaan lambat menangani polemik melibatkan isu penggunaan kalimah Allah, nescaya apapun counter-narrative selepas ini tidak akan berkesan.

Selain itu, isu melibatkan kes rasuah ramai pemimpin-pemimpin Bersatu dan ahli keluarganya juga akan dimainkan kononnya ia bersifat ‘penganiayaan’ dan dendam peribadi. Sedangkan hakikatnya kerajaan hari ini bukanlah kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang memburu musuh politiknya secara membabi buta – di mana kes belum lengkap disiasatpun sudah dituduh di mahkamah.

Kerajaan hari ini dilihat lebih berhati-hati, jika ada bukti barulah akan disiasat tanpa mengira siapapun pelakunya. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts