PILIHAN RAYA PENENTU ANTARA ERDOGAN – KILICDAROGLU PADA 28 MEI

336
SHARES
2k
VIEWS

Memandangkan tiada mana-mana calon memperoleh majoriti Pilihan Raya Presiden Turkiye baru-baru ini, penyandang Presiden Reccep Tayyib Erdogan dan ketua pembangkang Kemal Kilicdaroglu bakal bertanding dalam Pilihan Raya Penentu yang akan diadakan pada 28 Mei depan. 

Erdogan kini mendahului selepas memperoleh lebih 27.13 juta undi dan pencabar terdekatnya Kilicdaroglu dari Parti Rakyat Republikan (CHP) memperoleh 24.59 juta undi.

Kadar keluar mengundi ialah 88.92 peratus, dengan lebih 52.97 juta kertas undi dikira dan 1.2 juta lagi ditolak. Peratusan keluar mengundi di luar negara adalah sebanyak 49.4 peratus atau 1.69 juta keluar mengundi. Jumlah yang keluar mengundi di pintu masuk kastam ialah sebanyak 148,183 orang. 

Keputusan akhir pemilihan presiden Türkiye ini diadakan pada 14 Mei dan telah disiarkan dalam Warta Rasmi pada hari Jumaat (semalam).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts