SANUSI TERBUKTI FITNAH, MINTA MAAF PADA MAHFUZ

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Bukan sekali malah sudah banyak kali pemimpin-pemimpin kanan PAS kalah saman fitnah. Yang terkini Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disabitkan kesalahan memfitnah oleh Mahkamah Rayuan pada 3 April 2023. Sebelum itu Sanusi telah disabitkan bersalah memfitnah Mahfuz di Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021.

Atas saman fitnah yang difailkan oleh Mahfuz Omar terhadap saya berkaitan Hantaran FB tersebut, Mahkamah Tinggi pada 8.11.2021 dan Mahkamah Rayuan pada 3.4.2023 telah memutuskan bahawa hantaran FB saya tersebut adalah satu kenyataan fitnah terhadap Mahfuz Omar, dan saya diperintahkan untuk memohon maaf.”

Oleh yang demikian, saya dengan ini memohon maaf kepada Mahfuz Omar atas kenyataan yang dibuat di dalam Hantaran FB tersebut.”

Ini membuktikan PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan mengaku sebagai parti Islam, namun hakikatnya amalan pemimpin-pemimpinnya tidakpun berlandaskan syariat Islam. PAS selalu menyeru kepada `tabayyun, semak dahulu namun mereka sendiri terpalit dengan dosa fitnah. 

Mengikut fakta kes, Sanusi memfitnah Mahfuz, dengan mengaitkan beliau dalam isu pemindahan Sport Toto ke Pokok Sena, tempat diwakili Mahfuz ketika itu. 

Mahfuz juga mendakwa Sanusi menerbitkan video berdurasi lapan saat pada 27 Julai 2019 yang memaparkan beberapa individu membantah pembukaan pusat judi itu sambil memegang sepanduk yang tertera namanya.

Mengulas kes terbabit, Mahfuz berkata, “Alhamdulillah, apa yang saya boleh katakan ialah nampaknya Sanusi akur dengan hakikat bahawa beliau telah memfitnah saya. Semoga beliau insaf.” 

Beliau berkata, jika keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu tidak betul, sudah tentu Sanusi akan merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tetapi memandangkan Sanusi tidak teruskan dengan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan, nampaknya Sanusi akur dan bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Sanusi telah memfitnah saya.”

Keputusan mahkamah yang mendapati Sanusi bersalah memfitnah saya membuktikan tidak pudar sensitiviti saya terhadap isu-isu seperti yang didakwa oleh Sanusi dalam fitnahnya terhadap saya. Alhamdulillah.”

Mahfuz turut berkata agar keinsafan Sanusi ini berkekalan dan beliau tidak lagi ‘koyak’. 

Peguam Mahfuz berkata panel hakim juga menerima rayuan pihaknya agar jumlah ganti rugi yang ditetapkan Mahkamah Tinggi dinaikkan dari RM50,000 kepada RM120,000.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts