BEZA PH 1.0 PIMPINAN TUN MAHATHIR DAN PH 2.0 PIMPINAN DS ANWAR

367
SHARES
2.2k
VIEWS

1. Perlu diingat bahawa yang memimpin kerajaan hari ini ialah seorang Perdana Menteri Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah sama seperti Muslim yang lain, dan Pakatan Harapan 2.0 yang dipimpinnya kini jauh berbeza dengan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir Mohamad 

2. Rakyat masih belum lupa penjarahan harta dan aset negara yang berlaku ketika zaman Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Mahathir yang juga seorang Muslim tetapi hanya membiarkan kebejatan dan kebobrokan berlaku

3. Di bawah beliau bukan sahaja ekonomi negara terjejas teruk dalam masa hanya 22 bulan malah kelemahannya itu turut mengesankan kehidupan rakyat, lebih teruk agensi perisikan negara juga ‘compromise‘ sehingga keselamatan negara turut terjejas

4. Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir termasuk DAP di bawah Lim Guan Eng ketika itu, hanya mahu menghumban pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam penjara dalam satu siri ‘witch-hunt‘ Dan dendam yang panjang, termasuklah menjejaskan sistem kehakiman negara yang tidak melalui Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC) seperti lazimnya

5. Bukan itu sahaja, kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir dan DAP-Lim Guan Eng ketika itu amat bermaharajalela seumpama “kera mendapat bunga” dan “kaduk naik junjung” sehinggalah sanggup membelakangkan Raja-raja Melayu dan mahu meratifikasi ICERD dan Statut Rom

6. Ini menimbulkan bukan sahaja kemarahan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu malah Institusi DiRaja juga murka dan bermesyuarat bagi menghentikan tindakan jahat kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir, sehingga tercetusnya himpunan membantah secara besar-besaran di ibukota

7. Selain itu, tragedi kematian seorang penjawat awam iaitu seorang anggota bomba dan penyelamat iaitu arwah Muhammad Adib tidak mendapat pembelaan di bawah kerajaan Tun Mahathir, walaupun beliau sendiri mengakui bahawa “Adib dipukul untuk membunuhnya” 

8. Perlu diingat, ketika tragedi berlaku, Tan Sri Mahiaddin Yassin merupakan Menteri Dalam Negeri di bawah Pakatan Harapan 1.0, mempunyai segala kuasa ketika itu untuk memberi keadilan penuh kepada ahli keluarganya namun tidak melakukannya

9. Lebih malang kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Mahiaddin selepas itu meneruskan “legasi kebodohan” Mahathir yang tidak membela kematian arwah Adib walaupun Mahkamah Koroner telah membuat keputusan bahawa arwah telah dipukul sehingga menyebabkan kematiannya

10. Pelbagai NGO yang “mesra-Mahiaddin” ketika itu juga mengetahui bagaimana sikap Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainuddin di bawah Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin, yang biadap menengking seorang ‘ustaz’ dalam NGO tersebut sambil berkata “Adib bukan terbunuh akibat dipukul tetapi dilanggar”

11. Bukankah pandangan Hamzah selaku Menteri KDN ini bertentangan dengan keputusan Mahkamah Koroner yang telahpun membuat keputusan bahawa arwah Adib terbunuh akibat kecederaan dipukul pada malam tragedi tersebut?

12. Malah lebih memalukan apabila NGO yang mesra-Mahiaddin tersebut digesa oleh pihak media agar membuat kenyataan media mendedahkan pandangan Hamzah, tetapi hanya ‘menikus’ menutup mulut dengan alasan mempunyai banyak lagi agenda bersama Mahiaddin

13. Itu belum disentuh isu Tabung Haji yang teruk dijarah ketika zaman Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir yang juga diteruskan oleh Mahiaddin tanpa ‘undo‘ sedikitpun apa yang berlaku sehingga ribu hektar asetnya terlepas ke tangan orang bukan Islam

14. Bagaimana pula kontroversi yang terpalit antara Mahiaddin dan Peguam peribadinya Rosli Dahalan yang keduanya bermaharajalela ketika Perikatan Nasional memerintah?

15. Jangan lupa juga kontroversi melibatkan pembinaan aplikasi MySejahtera serta pembelian dan pelaksanaan vaksin di bawah Mahiaddin dan Perikatan Nasional yang sepatutnya disiasat sehingga ke lubang cacing

16. Jika Pakatan Harapan 1.0 di bawah Tun Mahathir terpalit dengan isu ICERD dan Statut Rom yang cuba menghakis kedaulatan Raja-raja Melayu, di zaman Perikatan Nasional dan Mahiaddin pula berlakunya darurat dan Sidang Parlimennya dihalang walaupun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertitah agar ia dibuka segera

17. Rakyat masih belum lupa dan jijik dengan perlakuan Mahiaddin dan kerajaannya ketika itu termasuk PAS yang bersekongkol memperlekeh dan mempermainkan titah baginda yang mahukan Parlimen bersidang segera

18. Rakyat juga masih belum lupa dan jijik dengan perlakuan Mahiaddin dan Perikatan Nasional yang ingkar dan menolak mentah-mentah titah cadangan baginda untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan sedangkan sebelum itu mereka bermati-matian mahu menjadi kerajaan

19. Kemudian setiap hari ‘meroyan’ mahu menumbangkan kerajaan apabila baginda Tuanku memperkenan Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional serta gabungan belasan parti-parti lain, serta DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh (PMX)

20. Hakikatnya ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Mahathir dan Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin hanya “dua kali lima”, apa yang dibuat Mahathir dan Pakatan Harapan 1.0 sebelum itu diteruskan oleh Mahiaddin dan Perikatan Nasional 

21. Persoalannya ialah;

a. Adakah semua kebejatan dan kebobrokan yang tersenarai di atas ini berlaku di bawah pimpinan DS Anwar selaku PMX yang disokong oleh Pakatan Harapan 2.0 dan juga Barisan Nasional atau berlaku di zaman Mahathir dan Mahiaddin memerintah?

b. Adakah cubaan rafitikasi ICERD dan Statut Rom berlaku di zaman DS Anwar Ibrahim memerintah?

c. Adakah LGBT di zaman DS Anwar kini telah dihalalkan atau kesucian agama Islam kini tergugat?

d. Adakah di bawah DS Anwar Ibrahim selaku PMX kedaulatan Raja-raja Melayu semakin tercabar atau Bahasa Melayu dan hak Bumiputera semakin terjejas?

e. Adakah DAP yang dahulu diterajui oleh Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya itu kini ‘bertaring’ lagi di bawah Pakatan Harapan 2.0 pimpinan Anthony Loke yang realitinya jauh berbeza berbanding Pakatan Harapan 1.0?

f. Tanya juga diri sendiri sampai bilakah kita mahu hubungan Melayu – Cina terus tegang dengan pertembungan UMNO – DAP yang tidak berkesudahan sedangkan semuanya merupakan rakyat yang bernaung di bawah kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sejak dahulu lagi? 

22. Justeru, cukup-cukuplah Perikatan Nasional, Mahiaddin dan Bersatu, Haji Hadi dan PAS serta Tun Mahathir (yang telahpun ditolak oleh pengundi-pengundinya sendiri di Langkawi) mahu membodohkan dan memperdaya rakyat dengan retorik 3R (Religion, Race, Royalty) kononnya semakin terjejas di bawah DS Anwar Ibrahim 

23. Sedangkan kerajaan pasca PRU-15 sedang mewarisi failed state akibat kebejatan dan kebobrokan yang berlaku sejak 2018 di bawah Mahathir dan Mahiaddin, namun Kerajaan Perpaduan tetap berusaha mengembalikan negara ke landasan yang sepatutnya

24. Bagi penyokong-penyokong fanatik Perikatan Nasional dan Mahathir yang sengaja tidak mahu menerima realiti, jujurlah dengan diri sendiri dan jawab sahaja semua persoalan di atas – nescaya anda akan mendapat jawapan bahawa adakah Tun Mahathir, Mahiaddin dan Perikatan Nasional boleh dipercayai lagi sedangkan mereka berdualah punca kepada segala-galanya?

25. Namun jika masih mahu percaya dan sengaja mahu membiarkan diri anda ditipu berkali-kali, maka undilah Perikatan Nasional demi ‘menghalalkan’ semua kebejatan dan kebobrokan yang berlaku di atas.

Nescaya segala kebodohan yang berlaku sejak 2018 akan berulang kembali.

Cukup-cukuplah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts